Hanya Legenda Sahaja Yang Pakai adidas Predator

Pencinta but keluaran jenama tersohor adidas pasti teruja dengan kehadiran semula model yang pernah menjadi fenomena pada satu ketika dahulu iaitu Predator.

Kemunculan model Predator yang diberikan nafas baharu oleh adidas itu menyingkap kembali nostalgia bola sepak era kegemilangan David Beckham dan Zinedine Zidane.

Embed from Getty Images

Meskipun ramai pemain bola sepak dunia menggunakan but tersebut, aura kedua-dua bekas pemain yang memiliki pakej memukau itu nyata cukup sinonim dengan adidas Predator.

Ia seolah-olah mati hidup semula buat keluaran Predator ini.

adidas Predator Mania

Predator Mania telah menikmati detik-detik kegemilangan dalam kancah bola sepak dunia, satu masa dahulu. Kelahiran semula but ini menyaksikan ciri klasik pada bahagian atas kasut dan dihiasi warna yang menyerlah.

Menarik untuk diperkatakan, material yang digunakan bagi menghasilkan Predator Mania ini ialah K-Leather.

Bagi anda yang kurang arif, K-Leather merupakan kulit kanggaru.  Kulit kanggaru sememangnya dikenali kerana membuatkan but menjadi lebih ringan, tahan lasak berbanding material lain dan paling penting memberikan sentuhan yang paling ‘sedap’ ketika beraksi.

Lebih membuatkan pemakai selesa dengan Predator Mania, adidas turut menampilkan teknologi Boost yang responsif pada bahagian ‘midsole’ but ini.

Bahagian studs pula, Predator Mania disertakan dengan Hybrid Studs bagi mengoptimumkan kestabilan para pemain di atas padang.

adidas Predator 19+ 25 Years

Predator 19+ 25 year ini merupakan kesinambungan model lama Predator 19 yang cukup dominan.

But yang turut menggunakan material K-Leather serta dilengkapkan dengan teknologi Boost yang responsif pada bahagian ‘midsole’ ini hadir dengan ciptaan tanpa tali yang membuatkannya kelihatan elegan.

Seperti keluaran terdahulu, ciptaan tanpa tali dan primeknit collar nyata sememangnya menjadi ‘trademark’ buat adidas Predator model ini.

Antara kelainan berbanding model terdahulu adalah pada bahagian tumit but ini adalah penerapan ‘3D moulded heel’ yang jelas kelihatan.

Terdapat satu lagi keluaran yang seakan-akan adidas Predator 19+ ini iaitu Predator 19.1 25 Year. Ia memiliki ciri-ciri yang sama dan hanya dibezakan dengan keluaran Predator 19.1 25 Year yang menggunakan tali.

Boleh dapatkannya di Football Republic Sunway Pyramid

Bagi yang berminat untuk memiliki model klasik ‘remake’ keluaran Adidas ini, anda boleh dapatkannya di Football Republic Sunway Pyramid.

Adidas Predator Mania dan Predator 19+ 25 Year bernilai RM1,500 manakala Predator 19+ 25 Year pula hadir dengan harga RM1,100. Stok terhad.

Jadi dapatkannya sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN