Pratama Arhan ‘Buka Mulut’ Mengenai Isu Perpindahan Untuk Sertai Muangthong United

Pertahanan muda berbakat besar Indonesia, Pratama Arhan dilaporkan mungkin bakal menyertai saingan Thai League 1 pada masa akan datang bersama kelab gergasi di sana, Muangthong United.

Perkara tersebut mula timbul sejak beberapa hari lalu menerusi media sukan Thailand yang menyatakan Muangthong bakal menjadi destinasi seterusnya buat Arhan selepas berkelana di Jepun.

Umum mengetahui, Arhan ketika ini merupakan pemain yang mewakili Tokyo Verdy di Jepun dalam saingan J2 League sejak tahun lalu selepas cemerlang bersama PSIS Semarang pada usia masih muda.

Walaupun begitu, pemain tersebut dilihat menghadapi kesukaran untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama serta mengumpul minit permainan yang sedikit sehingga kini.

Disebabkan itu, ianya menimbulkan sedikit rasa kecewa dalam kalangan penyokong Indonesia yang mengharapkan Arhan mampu menyinar seperti rakan sepasukan lain di luar negara seperti Asnawi Mangkualam, Elkan Baggott dan lain-lain.

Desas desus ketika ini menyatakan Muangthong menjadi destinasi seterusnya buat Arhan dan pemain itu tampil untuk memberi kenyataan mengenai isu tersebut menerusi CNN Indonesia.

Jelas Arhan, sehingga kini beliau sendiri kurang pasti mengenai berita perpindahan itu dan bakal bertemu ejennya bagi membincangkan perkara tersebut pada masa akan datang.

Malah, beliau juga enggan untuk mengulas lanjut mengenai perkara itu dengan menyatakan ingin memberi fokus sepenuhnya kepada persiapan Sukan SEA bersama skuad bawah 22 (B-22) Indonesia.

“Saya sendiri kurang pasti mengenai perkara itu. Saya mempunyai ejen dan akan bertemu sendiri bersama beliau untuk membincangkan perkara tersebut.

“Apapun, kita tengok dulu perkembangan mengenai perkara ini pada masa akan datang. Untuk sekarang, saya ingin memberi fokus penuh kepada Sukan SEA,” ujar Arhan dengan tenang.

Walaupun tidak mendapat banyak peluang bersama Tokyo Verdy, kontrak Arhan bersama pasukan tersebut masih lagi dilanjutkan sehingga tahun 2024.

Sehingga kini, Arhan dilaporkan masih berusaha dengan begitu keras untuk mencari peluang beraksi bersama pasukan tersebut dan menarik perhatian kejurulatihan Tokyo Verdy.

Tampil selaku salah seorang pemain muda tumpuan, Arhan masih lagi menjadi antara pilihan utama Shin Tae-yong dalam skuad senior Indonesia dalam perlawanan antarabangsa.

Malah, persembahan beliau masih sangat konsisten serta sangat matang walaupun usianya masih lagi muda untuk memberi sumbangan besar bersama bintang senior lain.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN