Pra-Undian Piala Dunia 2018 Rusia: Ketahui Bagaimana 32 Negara Bertanding Bakal Diundi

Undian Piala Dunia

31 buah negara daripada 211 buah negara anggota FIFA telah pun mengesahkan tiket mereka ke Piala Dunia 2018 menerusi pusingan kelayakan manakala Russia layak selaku tuan rumah.

Walaupun masih berbaki kira-kira 6 bulan lagi, namun bahang kehangatannya sudah mula dirasai termasuklah di Malaysia.

Dengan Peru sebagai negara yang terakhir untuk layak ke Piala Dunia tahun hadapan, maka terjawablah sudah tempat bagi setiap negara pada empat balang untuk menentukan pembahagian peringkat kumpulan kelak.

Undian peringkat akhir ini merupakan antara acara yang dinantikan dengan penuh debaran oleh bukan sahaja delegasi negara yang bertanding, bahkan ianya antara acara yang ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak seluruh dunia pada malam ini.

FIFA telah pun menetapkan Balang 1 adalah untuk tuan rumah dan diisi oleh tujuh lagi pasukan terbaik dunia berdasarkan ranking FIFA/Coca-Cola untuk bulan Oktober 2017. Ketika undian dijalankan pada malam ini, negara yang berada di dalam Balang 1 ini akan terus diletakkan ke kedudukan nombor satu (1) pada setiap dari kumpulan A hingga H secara berturutan.

Semenjak sistem ini diperkenalkan untuk Piala Dunia 2010 Afrika Selatan, tuan rumah secara automatik akan diletakkan di dalam Kumpulan A dan posisi nombor 1. Selesai sahaja undian untuk balang 1, undian untuk balang 2 hingga balang 4 juga akan dilakukan mengikut turutan kumpulan A hingga kumpulan H.

Walaupun akan digunapakai untuk Piala Dunia yang ketiga, namun sistem pembahagian mengikut balang untuk kejohanan kali ini mempamerkan kelainan. Jika 2 edisi sebelum ini balang 2 hingga balang 4 adalah mengikut kuota Konfederasi benua, FIFA kali ini mengubahnya untuk menyusun terus mengikut kedudukan ranking FIFA/Coca-Cola bagi bulan Oktober 2017.

Walaupun FIFA telah mengubah sistem di dalam pembahagian balang untuk edisi 2018, namun bagaimana proses pengundian itu dijalankan masih tetap tidak berubah seperti 2 edisi sebelum ini.

Mana-mana negara yang bernaung di bawah Konfederasi yang sama, negara-negara tersebut sama sekali tidak akan diundi untuk bakal bertemu sesama sendiri di dalam peringkat kumpulan. Hanya negara di bawah naungan UEFA sahaja dibenarkan untuk mempunyai maksimum 2 buah negara di dalam setiap kumpulan.

Untuk memudahkan pemahaman bagaimana pengundian ini bakal dilangsungkan, contoh mudah ini mungkin sedikit sebanyak akan membantu anda bagaimana proses ini berjalan. Perlu ditegaskan ini hanyalah sekadar contoh dan urutan negara di dalam kumpulan setiap kumpulan tidak dititik beratkan seperti undian sebenar.

Contoh undian untuk balang 1:

Untuk balang 2 pula, perlu diingatkan bahawa Peru, Colombia dan Uruguay tidak boleh diundi di dalam kumpulan C dan F. Berdasarkan proses undian untuk kejohanan sebelum ini, sekiranya undian untuk Colombia hanya muncul setelah undian kumpulan A dan B selesai dijalankan, maka Colombia automatik akan diletakkan di dalam kumpulan D.

Kumpulan C hanya akan diisi oleh negara lain selain dari Peru dan Uruguay. Hal ini juga akan terjadi sekiranya berlaku ketika undian dijalankan untuk kumpulan F.

Sekiranya perkara ini berlarutan sehingga undian untuk kumpulan E dijalankan dengan hanya kumpulan E, G dan H yang tinggal untuk diisi oleh 3 buah negara ini, maka secara automatiknya ianya bakal dihuni oleh samada Peru, Colombia atau Uruguay bergantung negara mana yang akan diundi dahulu.

Untuk Balang 3 pula Denmark, Iceland dan Sweden perlu dielakkan untuk diundi di dalam kumpulan B dan D kerana sudah punyai 2 buah negara dari UEFA.

Manakala Costa Rica tidak akan diletakkan di dalam kumpulan A bersama Mexico. Sebagai contoh, Mesir sudahpun diundi di dalam kumpulan A bersama Rusia dan Mexico. Undian untuk Kumpulan B dilakukan dan  ianya adalah Iceland. Maka mengikut peraturannya Iceland akan terus diletakkan di dalam kumpulan C.

Untuk balang 4  yang merupakan balang terakhir, sekiranya negara pertama yang diundi untuk mengisi slot terakhir di dalam kumpulan A adalah Nigeria, maka Nigeria perlu diletakkan di dalam Kumpulan C kerana kumpulan A dan B sudah pun diisi oleh negara dari benua Afrika.

Serbia pula hanya mempunyai 3 pilihan kumpulan untuk diletakkan. Begitu juga dengan Korea Selatan, Australia, Arab Saudi dan Jepun yang perlu mengelak untuk diundi bersama Iran.

Kesimpulannya, walaupun Malaysia sekali lagi berputih mata terkandas pada peringkat kelayakan, namun rakyat Malaysia tetap tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan Piala Dunia. Kombinasi negara manakah yang anda rasakan akan membentuk “Kumpulan Terbuka”? Ataupun kombinasi negara mana yang sesuai dikategorikan sebagai “Kumpulan Maut”? Nantikan artikel sambungan berkaitan dengan pra-undian ini.

Nota editor: Artikel ini merupakan hasil kiriman pembaca kami yang bernama Hisyam. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected].

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN