Neymar: “Brazil Yang Dahulu Dihormati & Digeruni Kini Telah Kembali!”

Brazil sememangnya sebuah pasukan yang cukup hebat dalam dunia bola sepak antarabangsa.

Rekod mereka sebagai juara terbanyak Piala Dunia dengan 5 kali gelaran sudah cukup untuk membuktikan kehebatan mereka.

Walaupun begitu, ada masanya mereka mengalami sedikit kejatuhan dari segi prestasi.

Namun bagi Neymar, beliau berasakan Brazil yang lemah kini sudah tiada lagi.

Yang ada hanyalah Brazil yang hebat, dan sentiasa digeruni oleh pihak lawan.

Penting buat kami

Menurut Neymar, Piala Dunia yang bakal berlangsung pada tahun 2018 di Rusia ini merupakan satu kejohanan yang cukup besar buat mereka.

Ia boleh dikatakan sebagai satu peluang terbaik buat Brazil untuk kembali memperkenalkan diri mereka sebagai salah satu kuasa bola sepak antarabangsa.

“Saya rasa kejohanan Piala Dunia 2018 merupakan satu kejohanan yang cukup besar buat rakyat Brazil.”

“Secara peribadi, saya akan pastikan diri saya akan berikan yang terbaik sewaktu kejohanan tersebut.”

Tambah Neymar lagi, Brazil yang kini dalam prestasi terbaik mereka berasa tidak gentar untuk berhadapan dengan mana-mana pasukan di Piala Dunia nanti.

“Kami telah berlatih sehabis baik dan tidak gentar untuk berhadapan dengan mana-mana pasukan dalam Piala Dunia.”

“Saya juga tidak mempunyai mana-mana pasukan yang saya ingin elak daripada bertemu kelak.”

Neymar juga mengakui Brazil kini sudah mula kembali digeruni oleh pasukan lawan mereka.

“Ya saya mengakui pasukan lawan sudah tidak lagi memandang rendah kehebatan Brazil seperti mana yang mereka lakukan 3, 4 tahun yang lalu.”

“Kini, mereka memandang kami dengan cara berbeza. Brazil yang dulu dihormati dan digeruni kini telah kembali.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN