Pra musim atau tidak, derbi Madrid memang bukan tempat untuk ‘bagi chance’ ataupun ada unsur belas kasihan.
Bahkan penyokong Real Madrid sendiri di laman sosial tidak dapat menerima kekalahan ini – terutama sekali dengan margin gol yang dianggap memalukan selepas mereka berbelanja ratusan juta dalam jendela perpindahan kali ini.
Itu yang berlaku di New Jersey, apabila Atletico Madrid membelasah jiran mereka dengan kemenangan 7-3 – di hadapan majoriti penyokong Real Madrid.
Bekas bintang Chelsea, Diego Costa menjaringkan 4 gol untuk mengaibkan Real Madrid. Atletico selayaknya menang perlawanan ini selepas mempamerkan aksi memukau.
Pada separuh masa pertama sahaja Atletico menjaringka 5 gol. Diego Costa menjaringkan hatrik dalam 45 minit pertama tersebut.
Pemain termahal dalam sejarah Atletico, Joao Felix turut menjaringkan 1 gol dan mencipta 2 lagi gol untuk rakannya. Manakala Angel Correa turut menjaringkan gol dalam aksi separuh masa pertama yang didominasi Atletico.
🎥: João Félix vs Real Madrid;
It’s always a pleasure to watch him play, João continues to show why he’s so highly rated and why he has everything to be one of the best players of the next generation. https://t.co/8ce3SlMehu
— Benfica Youth (@SLBenficaYouth) July 27, 2019
Diego Costa berganding dengan Joao Felix untuk menicpta gol ke-4, hanya 6 minit bersambung separuh masa kedua.
Nacho mengurangkan sedikit jurang yang jauh itu dengan gol pertama Real Madrid.
Keadaan menjadi tegang – Diego Costa dan Dani Carvajal dilayangkan kad merah selepas bercakaran sesama mereka.
https://twitter.com/ShowGoaal/status/1154934133879169024
Tidak terhenti di situ, apabila Vitolo menjaringkan gol solo menarik pada minit ke-70, hanya 11 minit selepas Nacho menjaringkan gol pertama Real Madrid.
Pemain gantian Karim Benzema menjaringkan gol kedua Real Madrid menerusi penalti minit ke-85. Dan Javi Hernandez menjaringkan 1 lagi gol sagu hati pada lewat perlawanan.