Peminat Real Madrid Mulai Lancar Kempen #ZidaneOut Di Media Sosial

Zidane

Beberapa penyokong Real Madrid mulai melancarkan kempen #ZidaneOut (hanya selepas beberapa bulan diraikan ketika kepulangan semula). Lebih menyedihkan kempen itu dilancarkan sebelum musim baru bermula.

Kemnpen mahukan Zidane berambus ini dilancarkan selepas kekalahan memalukan di tangan Atletico. Menurut mereka, Zidane telah diberikan dana yang besar tetapi masih gagal membentuk pasukan yang baik.

Zidane sebelum ini menguruskan Real Madrid dengan dana yang terhad. Namun pada kepulangan kedua beliau sebagai pengurus, Florentino Perez memberikan beliau dana yang besar.

Antara pemain yang beliau tandatangani ialah Eden Hazard, Luka Jovic, Ferland Mendy dan Rodrygo.

Ketika artikel ini ditulis #ZidaneOut masih belum berada dalam 10 teratas senarai trending, tetapi nama Zidane, Hazard dan Courtois antara yang sudah berada dalam 10 teratas.

Ada peminat yang menyatakan: “Jangankan kata mahu membentuk pasukan terbaik di Eropah, nak jadi pasukan terbaik di Madrid pun kita gagal.”

Real Madrid menurunkan pasukan yang kuat dengan adanya Eden Hazard dan Luka Jovic yang bergandingan dengan bintang lain seperti Luka Modric, Isco dan Sergio Ramos.

Namun mereka disentak dengan keputusan 5-0 – hanya pada separuh masa pertama. Pada separuh masa kedua, Atletico menjaringkan 2 lagi gol. Keputusan perlawanan berakhir 7-3.

Ramai penyokong menganggap ini adalah hari yang memalukan dalam sejarah mereka menyokong pasukan itu, dan kalau boleh mereka mahu menghentikan perlawanan itu segera.

Penyokong mahukan Zidane memberikan penjelasan. Apa yang beliau cuba lakukan di Real Madrid? Adakah beliau benar-benar mahu merevolusi Real Madrid?

Jika benar, kenapa Zidane melepaskan pemain muda seperti Ceballos dan terus mengekalkan ramai kuda tua seperti Modric dan Kroos. Projek Zidane mulai dipersoalkan apabila berterusan tidak mahukan Gareth Bale dan James Rodriguez.

Dalam pasukan yang ada sekarang, 2 pemain tersebut dilihat masih relevan. Ini kerana mereka gagal untuk mendapatkan beberapa nama besar lagi seperti Kylian Mbappe dan juga Neymar.

Salah seorang peminat Real Madrid menulis di twitter: “Bila agaknya kita nak buat #ZidaneOut menjadi trending? Beliau menghantar keluar Bale dan Ceballos serta Rodriguez, tetapi menyimpan Nacho dan Lucas. Mungkin beliau tidak cukup bagus untuk menguruskan kelab ini.”

Ada juga yang berpendapat, Zidane seharusnya sedar bahawa Ronaldo dan Bale sudah tidak ada lagi untuk menyelamatkan beliau.

https://twitter.com/OsloBlanco/status/1154933322470109184

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN