Masanya telah tiba untuk mengundi!
Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-Asiana.my bagi kategori Liga Super kembali lagi kali ini apabila 3 pemain import serta 2 pemain tempatan menguasai pemilihan.
Untuk bulan Julai ini, terdapat beberapa pemain yang melakukan persembahan yang satu kelas lebih tinggi daripada para pemain yang lain dan hasilnya mereka menjadi calon untuk anugerah ini.
Dua pemain dari JDT telah dipilih apabila pertahanan iaitu Fadhli Shas menjadi calon pertama untuk bulan Julai.
2 gol dari pemain ini sepanjang Julai membuktikan Fadhli kini masih mampu bermain di tahap tertinggi selepas mengalami musim sukar dan kecederaan serius di awal musim.
Selain itu, mesin gol Mohammed Ghaddar turut tercalon dalam anugerah ini.
Persembahan beliau sebagai pemain di bahagian serangan pasukan tersebut berjaya memberikan kemenangan demi kemenangan buat pasukan tersebut.
Selain itu juga, Ken Ilso juga tidak ketinggalan mencuri tumpuan.
Rekod 4 gol dan juga 3 bantuan gol telah membuktikan beliau merupakan pemain yang cukup tajam di depan gol serta pemain berpasukan yang cukup baik untuk Kedah.
Calon yang mencipta kejutan pada bulan ini adalah pemain PKNS FC -Aliff Haikal.
3 gol yang dijaringkan Aliff nyata merupakan gol-gol penting PKNS FC pada bulan Julai. Hasilnya, gol-gol beliau berjaya membantu pasukannya memperoleh 10 mata daripada 15 mata yang ditawarkan!
Terakhir adalah penyerang berbisa FELDA United – Thiago Augusto.
Tidak dapat dinafikan 8 gol dengan 6 daripadanya hadir menerusi hatrik ketika menentang Sarawak dan T-Team membuktikan beliau adalah calon utama untuk memenangi anugerah ini!
Jom undi pemain kegemaran anda sekarang! Macam mana? Dengan klik pautan di sini!