Selepas Pochettino, Kini Conte Cuit Jose Dengan ‘Musim Mourinho’!

Minggu lepas, Antonio Conte melabel Tottenham Hotspur sebagai kelab yang tidak mempunyai cita-cita sebesar pasukan lain di Liga Perdana Inggeris (EPL). Conte turut mengakui kekagumannya terhadap penyerang Tottenham, Harry Kane.

Kenyataan tersebut dibidas oleh Mauricio Pochettino, yang menagih lebih hormat dari rakan sejawatnya dari Chelsea itu.

(Photo by Andrew Redington/Getty Images)

Selepas Pochettino dan Tottenham Hotspur, Conte mengalihkan perhatiannya kepada pengurus Manchester United, Jose Mourinho.

Dengan nada sinis, Antonio Conte menyifatkan dirinya tidak boleh melalui musim yang disifatkan oleh beliau sebagai ‘musim Mourinho’ di musim kedua beliau bersama Chelsea

Conte dipetik berkata demikian kepada wartawan selepas perlawanan persahabatan pra musim menentang Inter Milan pada hujung minggu yang lalu.

‘Musim Mourinho’ yang dimaksudkan oleh Conte ialah apabila pengurus Manchester United itu dipecat pada musim berikutnya walaupun telah berjaya membawa Chelsea bergelar juara EPL pada tahun 2015.

Chelsea menduduki tangga ke-16 liga pada masa itu, sehingga mengundang kepada pemecatan pengendali dari Portugal tersebut.

(Photo by Clive Rose/Getty Images)

“2 tahun lalu, Chelsea menduduki tangga ke-10. Itu tidak boleh berlaku lagi,” kata Conte.

Pasukan terakhir yang berjaya mempertahankan kejuaraan EPL ialah Manchester United, yang berjaya merangkul kejuaraan tersebut tiga musim berturut-turut pada musim 2008-2009.

“Kami tahu ia bukanlah perkara yang mudah untuk mempertahankan gelaran, tetapi lebih daripada itu, Chelsea tidak boleh mengulangi ‘musim Mourinho’, ujar Conte lagi.

“Chelsea memiliki ramai pemain muda. Adalah sangat penting untuk membangunkan bakat yang ada di Chelsea,” tambah Conte.

Photo by Catherine Ivill – AMA/Getty Images

Chelsea meneruskan persiapan pra musim dengan kekalahan 2-1 kepada Inter Milan di Singapura. Sudah tentu perlawanan tersebut turut dibayangi oleh jaringan gol sendiri oleh Geoffrey Kondogbia.

Kondogbia menjaringkan gol sendiri apabila bola hantaran ke belakangnya melambung tinggi menewaskan penjaga gol Inter Milan.

(Photo by Power Sport Images/Getty Images)

Alvaro Morata yang merupakan pemain termahal dalam sejarah kelab berkenaan, menyertai Chelsea dari Real Madrid dengan tanda harga £60 juta, turut beraksi selama 60 minit.

Namun kelibat Morata kelihatan kurang menyerlah dalam perlawanan tersebut.

Sumber:

1. BBC Sport (2017): Chelsea must avoid a ‘Jose Mourinho season’, says Antonio Conte; http://www.bbc.com/sport/football/40765686

2. Independent (2017): Antonio Conte tells Chelsea players they must avoid a ‘Mourinho season’; http://www.independent.co.uk/sport/football/chelsea-inter-antonio-conte-jose-mourinho-goals-report-highlights-a7866906.html

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN