Positif Doping: Penjaga Gol Skuad Malaysia B-23 Digantung 60 Hari

Pendatang baharu Liga Super 2018, Negeri Sembilan menerima tamparan hebat apabila tidak dapat menggunakan khidmat penjaga gol muda yang berbakat besar, Ahmad Syihan Azmi.

Hal ini disahkan sendiri oleh pengurus skuad itu, Datuk Mohd Haslah Mohd Amin yang mengesahkan bahawa Syihan yang juga merupakan salah seorang pemain skuad B-23 tahun negara, positif doping semasa menghadapi Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 di China bulan lepas.

Keputusan ujian doping sampel A yang dijalankan di Kunshan, China mendapati Syihan mengambil Steroid anabolik yang bertujuan untuk membantu pembinaan otot.

Difahamkan, Syihan digantung selama 60 hari dan pihak Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) tidak membenarkan Syihan diturunkan dalam mana-mana perlawanan Liga Malaysia musim ini.

Datuk Mohd Haslah turut mengesahkan Syihan kini sedang menunggu proses siasatan yang akan dikendalikan oleh pihak Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

“Kami telah diberitahu oleh pihak FAM bahawa Syihan digantung daripada beraksi apabila positif mengambil bahan terlarang tersebut.

“Pada pandangan saya, Syihan tidak menyedari bahawa makanan tambahan yang diambilnya mengandungi bahan terlarang,” katanya kepada Stadium Astro

Kes doping ini membuatkan masa depan Syihan bersama Negeri Sembilan dilihat semakin samar.

Walaupun belum ada sebarang keputusan, Haslah berkata satu perbincangan mengenai masa depan Syihan bersama Negeri Sembilan akan diadakan secepat mungkin.

“Buat masa ini, Syihan tidak dapat diturunkan beraksi dalam mana-mana aktiviti yang berkaitan dengan bola sepak. Kami akan berbincang mengenai kontraknya dalam masa terdekat,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam, turut memaklumkan bahawa Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) diberi tempoh masa tertentu untuk mencari pengganti Syihan.

Menurutnya, FMLLP tidak boleh membenarkan Syihan beraksi sepanjang tempoh siasatan biarpun pemain itu belum didapati bersalah.

Menurut setiausaha agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato Haji Hamidin Amin berkata,  Syihan telah memohon supaya sampel B diuji dan ia telah pun dibuat semalam, kini hanya menunggu keputusannya sama ada kekal positif atau negatif.

AFC akan mengambil tindakan lanjut selepas menerima keputusan rasmi ujian sampel B berkenaan dan buat masa ini, Syihan tidak dibenarkan beraksi bersama Negeri Sembilan sepanjang tempoh penggantungan sementara 60 hari itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN