Quantcast

BERITA

Video: Bagaimana Pertahanan Ajax Amsterdam, Frenkie de Jong Melaksanakan Taktikal ‘False Centreback’

Selepas kemenangan 2-0 Manchester City ke atas Cardiff City dalam aksi pusingan ke-4 FA Cup 2018, pemain terbaik perlawanan, Kevin de Bruyne mendedahkan rahsia dan homework yang dilakukan oleh Manchester City untuk menewaskan pasukan defensif seperti Cardiff City dalam temuramah selepas perlawanan.

“Separuh masa kedua agak pelik sikit kerana mereka [Cardiff City] tidak mahu serang kami [walaupun sedang ketinggalan 0-2]. Ia membuatkan perlawanan agak membosankan selama setengah jam. Tapi ia juga membantu kami untuk menyimpan tenaga untuk perlawanan seterusnya,” kata beliau.

“Cardiff bermain sistem man marking di semua kawasan. Mereka hanya biarkan Kompany. Jadi kami gunakan kebebasan Kompany untuk merancang serangan dari belakang.”

“Setiap kali Kompany mendapat bola, beliau akan bawa bola ke kawasan pemain Cardiff yang melakukan man marking supaya ruang akan terbuka untuk kami.”

CARDIFF, WALES – JANUARY 28: Kevin De Bruyne talks to Vincent Kompany of Manchester City after The Emirates FA Cup Fourth Round match between Cardiff City and Manchester City on January 28, 2018 in Cardiff, United Kingdom. (Photo by Michael Steele/Getty Images)

Tanpa bantuan video dan pengetahuan asas taktikal bola sepak, agak sukar untuk kita memahami apa sebenarnya maksud de Bruyne ini.

Secara asasnya, de Bruyne sebenarnya menjelaskan peranan taktikal ‘false centreback’ – pemain yang mengisi posisi pertahanan tengah, tetapi tidak bermain seperti pertahanan tengah – untuk mencipta kelebihan jumlah pemain (numerical advantage) di kawasan tengah.

Jika false nine adalah penyerang yang mengisi posisi penyerang ketika pasukannya hilang bola, tetapi bermain seperti attacking midfielder ketika mendapat penguasaan bola, false centre back pula adalah:

“Pemain yang mengisi posisi centreback ketika pasukannya hilang bola, tetapi bermain seperti midfielder ketika mendapat penguasaan bola.”

False centreback perlu mempunyai kebolehan untuk bertahan seperti pertahanan tengah. Dalam pada masa yang sama, beliau juga perlu mempunyai kebolehan untuk menggelecek dan membuat hantaran seperti seorang midfielder.

Ketika ini ada dua pasukan yang sedang galak melaksanakan taktikal false centreback ini – Ajax Amsterdam dan Celtic.

Di Ajax Amsterdam, Frenkie de Jong – asalnya seorang defensive midfielder – diberi tugas menjadi false centreback apabila berdepan dengan pasukan defensif. Video di bawah menjelaskan dengan terperinci bagaimana false centreback beroperasi ketika mendapat penguasaan bola.

FrankiedeJong from Ahmad Muzammil on Vimeo.

Sementara itu di Celtic, pertahanan muda Denmark, Kristoffer Ajer diberi tugas ini. Perhatikan dalam video di bawah bagaimana larian beliau dari tengah ini memporak-perandakan sistem man-marking pasukan lawan.

Alex Lawrence – At only 19 years old, and with a skill-set so well suited to a CB in the modern game from Ahmad Muzammil on Vimeo.

Taktikal ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru dalam bola sepak. Mirip dengan tugas libero seperti yang digalas oleh Klaus Augenthaler dalam sistem 5-3-2 Jerman Barat semasa Piala Dunia 1990, false centreback adalah interpretasi moden tugas libero ini.

Seperti taktikal lain, penggunaan false centreback tetap mempunyai risiko dan kelemahannya tersendiri. Arsene Wenger pernah bereksperimen dengan taktik ini dengan Thomas Vermaelen pada musim 2010/2011.

Tetapi ia gagal kerana Vermaelen kerap hilang bola apabila naik menyerang – menyebabkan Arsenal kerap diserang balas dan akhirnya kalah di sebalik penguasaan bola yang tinggi.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!