Quantcast

BERITA

Portugal Dan Sepanyol Sedang Bincang Penggabungan Liga, Dinamakan Liga Iberia

Presiden pengurusan liga Portugal dan Sepanyol telah membaut satu perjumpaan untuk membincangkan idea penggabungan liga yang dinamakan Liga Iberia, menurut laporan rasmi Liga Portugal.

Dalam laman webnya, Liga Portuguesa de Futebol Profissional (LPFP) melaporkan presiden Pedro Proenca telah berjumpa dengan rakan sejawatannya dari Sepanyol, Javier Tebas dari Liga de Fútbol Profesional (LFP).

Perjumpaan rasmi itu merupakan ‘langkah pertama’ bagi kedua-dua negara untuk menubuhkan liga bersama dalam masa 4 tahun.

liga-sepanyol-portugal-bergabung

LPFP bagaimanapun turut memberitahu media, liga sedia ada tidak akan digabungkan. Sebaliknya LPFP dan LFP mahu mewujudkan pertandingan liga baru.

Matlamat liga ini adalah untuk mendedahkan kelab Portugal ke audiens yang lebih besar. Ini sekaligus menambah pendapatan kelab.

Idea menghasilkan Liga Iberia sudah lama diutarakan.

Tetapi baru mula dibincangkan ketika Portugal dan Spain bergabung untuk memohon hak sebagai tuan rumah Piala Dunia 2018, yang akhirnya menjadi milik Russia.

Spain_and_Portugal_2018-2022_FIFA_World_Cup_bid_logo.svg

Untuk rekod, kejohanan Iberian Cup pernah diadakan untuk mencari pasukan terbaik dari Semenanjung Iberia. Tetapi ia telah berkubur.

Kali terakhir ia diadakan adalah pada 2005 apabila Vitória de Setúbal menewaskan Real Betis 2-1.

Media Sepanyol melaporkan Portugal lebih mahukan Liga Iberia diwujudkan. Sedangkan Sepanyol hanya mahukan kejohanan berbentuk piala diwujudkan.

Idea Liga Iberia nampak terlalu sukar untuk dilaksanakan memandangkan ada beberapa komplikasi terpaksa mereka hadapi dengan slot kelayakan UEFA Champions League dan Europa League.

Sebelum ini, presiden LFP, Javier Tebas pernah menyuarakan hasratnya untuk mengadakan perlawanan La Liga di luar negara untuk mempromosikan liga Sepanyol secara ‘agresif’ di peringkat global.

Baca juga: Kenali Pemain Baru Sporting Lisbon Dari Indonesia, Yang Juga Mangsa Tsunami 2004

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!