Quantcast
Kontrak Aubameyang Mempunyai Klausa 'Tidak Akan Tinggalkan Dortmund Jika Reus Kekal'
BERITA

Kontrak Aubameyang Mempunyai Klausa 'Tidak Akan Tinggalkan Dortmund Jika Reus Kekal'

Thursday, 19 Nov 2015

Bromance antara penyerang Borussia Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang dengan kawan baiknya, Marco Reus mungkin antara yang paling unik dalam dunia bola sepak.

Menurut laporan Bild dan laman web transfermarkt.com, kontrak Aubameyang mempunyai klausa khas yang membuatkannya berjanji ‘tidak akan tinggalkan Borussia Dortmund selagi Marco Reus kekal di Dortmund’.

Ini adalah sesuatu yang logik kerana ‘Batman’ tidak pernah meninggalkan ‘Robin’.




Pada bulan Febuari 2015 yang lepas, Marco Reus menandatangani kontrak baru 4 tahun untuk kekal di Signal Iduna Park sehingga 2019.

Ini mendorong kawan baiknya, Pierre-Emerick Aubameyang untuk turut menandatangani kontrak baru pada Julai 2015 untuk kekal memakai jersi kuning hitam Dortmund sehingga 2020.

Baru-baru ini, Aubameyang dikaitkan dengan gosip perpindahan ke FC Barcelona dan Arsenal. Akhbar Bild melaporkan Dortmund tidak akan melepaskan Aubameyang dengan bayaran kurang €60 juta.

Ketika ini, Aubameyang sedang mendahului senarai penjaring terbanyak Bundesliga bersama Robert Lewandowski dengan 14 gol.

Baca juga: Reaksi Pemain Bundesliga Kepada Rating FIFA 16 Mereka

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!


Kongsi

Komen Artikel: Kontrak Aubameyang Mempunyai Klausa 'Tidak Akan Tinggalkan Dortmund Jika Reus Kekal'



Berita Bola Yang Menarik