Nampaknya, bilangan ‘follower’ di media sosial juga ‘penting’ kepada pemain-pemain muda bola sepak negara jika mahukan tajaan penaja, mengikut perkongsian ibu kepada Aniq Asri Nasharudin, Hayati Mohamad Yusof.
Sebelum ini, ia telah menjadi trend dalam bidang hiburan dalam menentukan kelayakkan seseorang artis untuk menjadi pelakon kepada sesebuah drama. Ia telah didedahkan oleh beberapa individu di belakang tabir.
Ketika ini, populariti di media sosial menjadi kayu ukur kehebatan seseorang dengan bakat dan kebolehannya menjadi perkara nombor dua dalam menentukan individu itu layak atau tidak untuk diterima oleh pihak mereka.
Jangan terkejut, jika bidang sukan juga melalui trend yang sama walaupun hanya sekadar tajaan barang sukan.
Ini yang dilalui oleh bintang muda Penang FC, Aniq Asri ketika mencari penaja sebelum berangkat ke Sepanyol. Menurut ibunya yang bercakap kepada Kaki Reporter, “Saya sangka artis saja dinilai melalui populariti rupanya dalam sukan pun perkara sebegitu diambil kira. Sepatutnya, mereka menilai pada bakat Aniq, bukan populariti.”
“Apabila Aniq mendapat tawaran untuk berlatih bersama Malaga pada 2020, kami berusaha dapatkan tajaan pakaian daripada sebuah syarikat. Tapi, saya terkedu apabila mereka bertanya berapa ramaikah jumlah follower Aniq dalam media sosial kerana menurut mereka, salah satu kriterianya, Aniq mesti mempunyai ramai follower.
“Aniq hanya ada bakat tapi tak ramai follower sebagaimana penaja perlukan. Apatah lagi dia bukanlah jenis yang aktif bermedia sosial, jadi memang pengikut tak ramai,” jelas Hayati lagi yang jelas kecewa dengan situasi itu.
Itu adalah antara karenah yang terpaksa dilaluinya ketika membantu anaknya mengejar impian ke Eropah.
Mujur buat mereka apabila akademi FC Malaga City telah menyediakan segala keperluan melalui tajaan sebuah syarikat pengeluar sukan antarabangsa. Sedikit sebanyak ia membantu kurangkan beban kos yang terpaksa dikeluarkannya untuk menghantar Aniq Asri ke sana. Selama hampir dua tahun, Aniq Asri ‘ditaja’ oleh ibunya.
Ungkapnya lanjut tentang kos perbelanjaan Aniq Asri di luar negara, “Saya mengeluarkan duit sendiri untuk menghantar Aniq menimba ilmu bersama Malaga. Tidak ada mana-mana pihak tampil membantu atau menaja. Saya guna duit EPF [Kumpulan Wang Simpanan Pekerja] RM100,000 sepanjang dua tahun Aniq di Sepanyol.”
#bolatime #malaga Misi menakluk bumi Sepanyol kini bermula buat anak penyanyi rock terkenal negara Nash Lefthanded, Aniq Asri yang berangkat ke Eropah malam semalam untuk menyambung latihan di akademi bola sepak FC Malaga City. https://t.co/sH72f7F9re
— Harian Metro (@hmetromy) January 16, 2021
“Saya sanggup berkorban demi memenuhi cita-cita Aniq menjadi pemain profesional. Sejak kecil saya sudah lihat bakat serta kesungguhannya dalam bola sepak dan sebagai ibu saya cuba lakukan apa yang termampu untuk membantunya,” tambahnya sambil berkata Aniq Asri sudah semakin matang sejak pulang ke tanah air.
Menyertai Penang adalah hasil keputusannya sendiri selepas pelbagai pertimbangan walaupun dikatakan turut menerima tawaran beberapa pasukan lain. Ujar Hayati mengenainya, “Apa yang dikejarnya bukanlah gaji tapi peluang untuk bermain kerana hanya dengan cara itu dia dapat menunjukkan bakat dan kebolehannya.”
Pulang Dari Akademi FC Malaga City Di Sepanyol, Aniq Asri Sah Sertai Penang FC
Menyertai akademi terkemuka di Sepanyol itu pada Jun 2020, Aniq Asri telah berlatih di sana untuk tempoh lebih kurang setahun lebih sebelum kembali. Dan penyertaannya bersama Penang dilihat amat berbaloi.
Ini kerana, skuad Harimau Kumbang tidak pernah ‘segan’ mengangkat bakat muda dalam memberi mereka ruang untuk berkembang seperti yang dilalui beberapa pemain antaranya Azmeer Aris dan Quentin Cheng.
Walaupun tidak diumumkan sebagai pemain utama mereka, Aniq Asri telah diletakkan bersama skuad Piala Presiden yang dikendalikan oleh lagenda bola sepak Kedah, Akmal Rizal Ahmad Rakhli bermula musim ini. Akmal Rizal merupakan penolong jurulatih skuad utama bersama Manzoor Azwira dalam saingan musim lalu.
Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka
Pihak pengurusan dalam sesi ‘Meet and Greet’ bersama penyokong pada 31 Disember lalu telah menjelaskan projek jangka panjang iaitu skuad Piala Presiden akan dijadikan ‘hub’ buat pemain ‘backup’ jika nanti pasukan kehilangan pemain-pemain dari skuad utama dengan menerapkan awal falsafah permainan yang sama.
Disebabkan itu, penolong jurulatih skuad utama, Akmal Rizal diturunkan ke skuad Piala Presiden. Menurut pihak pengurusan, disebabkan Penang tiada skuad kedua seperti Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC, inilah kaedah yang sesuai buat skuad Pulau Mutiara untuk tidak mengalami masalah kekurangan pemain selepas ini.
Adakah trend penaja melihat jumlah follower pemain di media sosial bagus untuk masa depan pemain muda?