Semalam telah kecoh dengan cerita 4 pasukan Liga Malaysia dipotong 6 mata atas kesalahan tidak membayar gaji, KWSP dan juga Socso.
Pasukan-pasukan tersebut adalah Kelantan, T-Team, ATM dan juga Perlis.
Paling mencuri tumpuan adalah pasukan Kelantan yang dipotong mata dan hukuman tersebut telah menjemput Tan Sri Annuar Musa untuk memberikan respon beliau.
Namun begitu, pihak FMLLP telah membalas balik dengan Annuar Musa disifatkan sebagai hanya memberikan alasan sahaja.
Hukuman potongan 6 mata itu mendapat reaksi yang bercampur baur, ada yang mengambil positif sebagai tindakan itu memberikan pengajaran kepada para pasukan.
Namun tidak bagi bekas pengendali Kelantan – Velizar Popov.
Walaupun bekas pasukannya sudah dipotong 6 mata, beliau masih lagi tidak berpuas hati dengan hukuman yang diberikan.
Bagi beliau, hanya KAFA sahaja yang berhak dihukum dan bukannya para pemain dan penyokong.
“Saya tak mahu potongan mata, para penyokong dan pemain tak berhak dihukum kerana ini tetapi KAFA sahaja yang patut dihukum.”
“Para pemain adalah wira pasukan dan mereka derita kerana KAFA. Mereka tak patut dikenakan hukuman lebih teruk lagi dan penyokong tidak perlu menanggung derita hasil kecuaian KAFA.”
Popov juga seolah memberi bayangan yang hal ini tidak akan diselesaikan dengan baik.
“Kita semua tahu KAFA tak kisahkan pasal pemain, jurulatih dan peminat. Mereka tak akan bayar kami semua dan pemain akan menderita.”
Dalam pada itu, Popov mengaku yang beliau masih sayangkan pasukan Kelantan serta para peminat mereka. Namun beliau nyata kecewa dengan cara yang ditunjukkan oleh pengurusan KAFA.
Beliau juga memberi bayangan akan kembali ke bola sepak Malaysia jika ada peluang.
Baca juga: Lelaki Ini Lancar Kempen Daftar Pengundi Di Stadium Pada Hari Perlawanan Bola Sepak