Polis Tembak Gas Pemedih Mata Ke Arah Penyokong Dalam Aksi Liga Argentina

Liga Argentina

Ketika dunia masih lagi bersedih dengan apa yang berlaku di Malang, Indonesia. Komuniti bola sepak dikejutkan pula dengan insiden melibatkan penyokong bola sepak di Liga Argentina.

Dalam aksi Liga Argentina melibatkan Gimnasia La Plata dan Boca Juniors, situasi yang hampir sama di Indonesia turut terjadi di sana apabila polis menembak gas pemedih mata ke arah penyokong.

Hal ini kerana berlaku situasi tegang antara penyokong dan juga pihak polis di luar stadium selepas pihak berkuasa dikatakan berlaku keras terhadap seorang penyokong wanita.

Namun, ianya berakar umbi kepada isu penjualan tiket yang berlebihan oleh pihak Gimnasia dalam perlawanan menentang Boca itu.

Gimnasia dikatakan telah menjual tiket umum secara berlebihan dan apabila penyokong hendak masuk ke stadium, mereka tidak boleh melakukannya kerana telah melebihi kapasiti stadium.

Perkara ini telah menyebabkan kekecohan dan polis kemudiannya melepaskan gas pemedih mata.

Ianya telah menyebabkan penyokong lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri kerana kesukaran bernafas.

Malah ada yang melaporkan terdapat individu yang terkena peluru getah yang ditujukan kepada penyokong.

Perlawanan melibatkan Gimnasia dan Boca juga terpaksa ditangguhkan hanya selepas sembilan minit perlawanan diadakan.

Terkorban

Menurut laporan di Argentina, terdapat seorang penyokong berusia 57 tahun telah meninggal dunia kerana serangan jantung dipercayai selepas terhidu gas pemedih mata tersebut.

Pihak pengelola Liga Argentina kemudiannya memilih untuk menangguhkan perlawanan tersebut dengan sambungan aksi kedua-dua pasukan akan diadakan pada 11 pagi esoknya.

Lokasi perlawanan juga turut berubah dengan stadium lain dipilih untuk mengadakan perlawanan tersebut.

Apa yang berlaku di Argentina ini telah memecahkan ‘lubang’ yang selama ini tertutup kerana cara Gimnasia yang sering menjual tiket melebihi kapasiti.

Lebihan jualan tiket ini jelas sekali akan memberikan ancaman keselamatan kerana jika lebih ramai penyokong di stadium yang kecil kapisitinya – pasti akan ada isu berlaku.

Setakat ini, tiada lagi laporan rasmi dibuat mengenai jumlah mangsa yang cedera dan terkorban, namun menurut saksi di tempat kejadian mereka pasti jumlahnya tinggi.

Kita berharap insiden yang menyerupai apa yang terjadi di Indonesia tidak berlaku lagi di mana-mana.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN