Haaland Beri Sebab Kenapa Beliau Pilih Michu Sebagai Penyerang Idola

Erling Haaland mengakui dirinya membesar sebagai seorang pemain bola sepak dengan menjadikan bekas penyerang sensasi Swansea, Michu sebagai idolanya sehingga kini.

Penyerang kebangsaan Norway itu mula menyertai Manchester City pada awal musim ini dan terus memberikan impak sangat positif dalam saingan English Premier League (EPL).

Setakat ini, Haaland telah pun membuktikan beliau selaku salah satu pembelian terbaik dalam saingan EPL musim ini, apabila penyerang tersebut telah pun meledak 20 gol daripada 14 perlawanan dihadapi.

Beliau juga dikhabarkan telah pun tertarik sebelum itu akan saingan EPL sebelum menandatangani kontrak bersama City dan beraksi di sana.

Ayah Haaland iaitu Alfie terlebih dahulu beraksi dalam saingan tersebut pada suatu ketika bersama City selain pernah mewakili Nottingham Forrest serta Leeds, dan ini pastinya menjadi faktor mengapa dirinya tertarik dalam persaingan liga itu.

Menerusi kenyataan bersama Sport Bible, Haaland mengakui dirinya sangat teruja dengan menonton bola sepak dalam hidup dan menyifatkan perkara tersebut sebagai sesuatu yang positif dalam kariernya.

“Bila tiba hari Sabtu, awak pulang daripada padang setelah selesai menjalani latihan bersama rakan-rakan, dan selepas itu awak boleh hiburkan diri menonton perlawanan bola sepak di kaca televisyen.

“Daripada saingan EPL, bertukar kepada La Liga, dan terus bersambung ke saingan Serie A untuk saya tonton,” jelas Haaland dengan penuh rasa teruja menerusi Sport Bible.

Dalam satu kenyataan lagi, Haaland turut menceritakan mengenai pemain idolanya sejak sekian lama iaitu Michu.

Pemain berusia 22 tahun ini menjelaskan ada beberapa sebab mengap Michu dianggap sebagai pemain serangan yang sangat berkualiti dan ingin dijadikan sebagai ikutan.

“Sudah pasti saya ada memerhatikan beberapa penyerang lain juga. Disebabkan itu saya sentiasa mahu tajam di hadapan gol. Kerana itu, saya sangat menyukai Michu.

“Beliau merupakan seorang penyerang yang sangat aktif dan tak ada apa lebih menghiburkan daripada melihat Michu beraksi di atas padang,” tambah Haaland.

Disebabkan Haaland terlalu meminati gaya permainan Michu, pemain ini juga sering tanda nama bekas penyerang Swansea itu di gambar-gambar Instagram peribadinya suatu ketika.

Michu yang meledak 22 gol dalam penampilan sulungnya bersama Swansea dalam saingan EPL turut menyatakan rasa teruja apabila Haaland menjadikan dirinya sebagai idola.

“Ini merupakan satu penghormatan buat diri ini apabila seseorang pemain bola sepak yang mempunyai reputasi terbaik kini menyanjungi saya.

“Saya gembira kerana Haaland setakat ini berjaya memberi impak positif di England dan beliau menjadi seorang bintang meningkat naik di Eropah seperti Mbappe.

“Jika Haaland tak mengalami sebarang kecederaan serius, beliau mungkin dapat bermain selama 13 ke 15 musim di peringkat tertinggi dan mungkin boleh meledak lebih 300 gol,” jelas Michu.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN