Polis Serbu Kediaman Bekas Pemain Real Madrid Kerana Pornografi Kanak-Kanak

Polis telah melakukan serbuan dan mengeledah kediaman bekas pemain pertahanan Jerman, Christoph Metzelder selepas pemain itu menjadi suspek penyebaran pornografi kanak-kanak.

Menurut laporan akhbar tempatan Jerman, pihak pendakwa raya di Hamburg telah mengesahkan siasatan telah dilakukan terhadap seorang lelaku berusia 38 tahun, seperti yang terdapat di dalam pendedahan awal oleh Bild.

Metzelder sedang melengkapkan kursus kejurulatihan di Sekolah Sukan Hennef di Rhine selepas bersara sebagai pemain.

Menurut laporan Daily Mail, pegawai penyiasat telah merampas telefon bimbit milik Metzelder, sebelum membawa bekas pemain Real Madrid itu kediamannya sebelum pencarian bukti diteruskan.

Sekurang-kurangnya sebuah komputer turut dirampas oleh pihak polis, walaupun Merzelder tidak tahan sepanjang proses siasatan tersebut.

Seorang jurucakap dari pasukan penyiasatan di Hamburg mengesahkan seorang lelaki berusia 38 tahun adalah suspek kepada penyebaran pornografi kanak-kanak, di mana ia termasuk perbuatan melakukan rakaman imej secara digital.

Bild pula berkata serbuan tersebut dilakukan setelah pihak polis menerima laporan dari seorang wanita yang mempunyai hubungan dengan Metzelder.

Wanita tersebut menyerahkan 15 imej pornografi kanak-kanak kepada pihak polis, yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp dipercayai diterima dari Metzelder.

Selain daripada pernah beraksi untuk Jerman dan Real Madrid, Metzelder juga pernah beraksi bersama Borussia Dortmund ketika karier sebagai pemain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN