TERKINI: RTM Dan Astro Sah Penyiar Rasmi Aksi Skuad Harimau Malaya

POSTER-INFO-RTM-ASTRO

Dalam siaran media yang baharu dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), FAM mengumumkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Astro sebagai penyiar rasmi empat aksi skuad kebangsaan di kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Sebelum ini, Astro merupakan pemegang tunggal untuk sebarang perlawanan yang melibatkan skuad kebangsaan pelbagai peringkat umur dan dengan pengumuman rasmi ini, semua penyokong di seluruh negara dijangka akan memperolehi manfaatnya.

Bukan sahaja pelanggan Astro akan menikmati hidangan aksi skuad kebangsaan namun kini bagi yang tidak melanggan Astro juga akan boleh menyaksikan Harimau Malaya di kaca televisyen.

Bercakap kepada media, Presiden FAM, Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin menegaskan kerjasama ini bagi memastikan semua aksi skuad kebangsaan di halaman sendiri akan dapat disaksikan oleh rakyat Malaysia sekiranya mereka tidak dapat ke stadium.

“Siaran langsung perlawanan skuad Harimau Malaya ini boleh ditonton di saluran televisyen percuma (RTM) atau di saluran berbayar (Astro). Tiada sebab untuk mereka tidak dapat menonton siaran langsung,” umum Hamidin mengenai siaran langsung itu.

“Jadi besarlah harapan saya supaya semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa dan lapisan masyarakat, bersama-sama memberikan sokongan padu kepada skuad Harimau Malaya kita demi memastikan keputusan positif dapat dicapai.” tambahnya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Gobind Singh Deo pula menjelaskan kerjasama ini akan menggembirakan seluruh rakyat Malaysia yang sememangnya menantikan pengumuman sebegini.

“Selama ini kita sering mendengar permintaan peminat dan penyokong bola sepak Malaysia yang mahukan RTM turut menyiarkan siaran langsung perlawanan membabitkan skuad kebangsaan, Harimau Malaya.

“Dengan kerjasama bersama FAM kali ini, saya cukup bangga kerana apa yang diminta oleh rakyat Malaysia itu telah direalisasikan,” ujarnya di dalam siaran media itu.

“Bola sepak adalah untuk semua dan saya berharap seluruh rakyat Malaysia dapat sama-sama menonton perlawanan secara langsung itu nanti,” tambah Gobind lagi.

Bagi Astro pula, mereka akan menambah nilai bukan sahaja kepada siaran langsung yang akan ditayangkan di saluran Astro Arena itu, malah penerbitan rancangan yang akan menyemarakkan lagi semangat dan cabaran skuad negara sepanjang kempen kelayakan.

“Sudah tentu Astro gembira kerana sekali lagi diberikan hak penyiaran untuk kempen kelayakan kali ini.

Kami akan pastikan semangat dan cabaran skuad Harimau Malaya dalam Kumpulan G ini bukan sahaja disaksikan secara langsung, tetapi penerbitan program yang bakal menyediakan nilai tambah bagi memperkukuhkan lagi sokongan peminat kepada pasukan negara,” ujar Ketua Bahagian Sukan Astro, Lee Choong Khay.

Perlawanan yang membabitkan Harimau Malaya di gelanggang sendiri adalah bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 10 September 2019, Thailand (14 November 2019), Indonesia (19 November 2019) dan Vietnam pada 31 Mac 2020.

Kredit Featured Image: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN