Paul Pogba mencipta assist menarik kepada Marcus Rashford untuk memastikan Man. United menang 1-0 ke atas Tottenham.
Kemenangan itu membolehkan Man. United menyamakan pungutan mata dengan pasukan di tangga ke-5 iaitu Arsenal, cuma dipisahkan oleh perbezaan jaringan.
Pogba kini meneruskan kecemerlangan beliau di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer. Lantas pemain kebangsaan Perancis itu mengambil kesempatan untuk menyindir dan mengkritik pendekatan negatif oleh Jose Mourinho – terutama sekali dalam perlawanan besar.
Pogba mengakui beliau sangat gembira bekerja di bawah Ole Gunnar Solskjaer. Beliau berkata: “Saya suka bermain perlawanan besar seperti ini dengan berhadapan dengan pemain-pemain terbaik. Itulah peluang untuk kita memperbaiki diri dan terus maju.”
Paul Pogba kemudian mengambil sedikit kesempatan menyindir Jose Mourinho. Ini kerana pendekatan Mourinho dianggap Pogba sebagai menyusahkan pemain seperti beliau.
“Ini adalah besar maknanya kepada kami. Semua pemain beraksi baik. Saya suka bermain bola sepak seperti ini.”
“Sukar untuk bermain dalam taktikal sebelum ini. Saya gemarkan permainan menyerang dan saya tak bagus dalam bertahan.”
“Pengurus [Solskjaer] mengarahkan saya untuk berada di dalam kotak penalti. Contoh tebaik yang saya suka adalah Frank Lapard, beliau adalah pemain yang melakukan larian-larian seperti itu.”
“Inilah cara kami mahukan, sebab itu kami bermain, kami perlu kekalkannya, kami menang dan mendapat 3 mata hari ini.”