Gattuso Geram Higuain Mahu Tinggalkan Milan Untuk Ke Chelsea

Pengurus AC Milan, Gennaro Gattuso menyifatkan beliau kini sedang ‘cuba menggengam seketat mungkin’ pemain penyerang Gonzalo Higuain, selepas tiada rahsia lagi Chelsea sedang membuuru bekas penyerang Real Madrid dan Juventus itu.

Higuain juga pernah beraksi di bawah bimbingan Maurizio Sarri yang kini membimbing Chelsea, ketika kedua-duanya bersama Napoli.

(Photo by Nicolò Campo/LightRocket via Getty Images)
Sukar untuk ubah

Bagaimana pun Gattuso mengakui ianya amay sukar sekali untuk meyakinkan kembali seorang pemain yang sudah membuat kata putus untuk berpindah.

Penyerang berusia 31 tahun itu kini sedang beraksi secara pinjaman bersama AC Milan daripada Juventus sejak permulaan musim yang lalu.

Dalam laporan oleh BBC, Gattuso dipetik sebagai berkata:

“Apabila seseorang pemain sudah memutuskan sesuatu, ia amat sukar untuk mengubah kembali perkara itu.

“Buat masa ini beliau masih bergelar pemain kami. Dan setakat ini kami masih mampu mempertahankan perkara itu,” jelas Gattuso mengenai kedudukan Higuain.

(Photo by Nicolò Campo/LightRocket via Getty Images)
Rekod Higuain

Higuain memiliki rekod yang amat baik ketika berada di bawah kendalian Sarri di Napoli. Malah tempoh terbaik di dalam karier pemain tersebut adalah ketika beliau beraksi di Napoli pada musim 2015/16.

Pada musim tersebut Higuain menyamakan rekod jumlah jaringan Serie A- iaitu 36 gol.

(Photo by Giuseppe Maffia/ActionPlus/Corbis via Getty Images)

Higuain telah menjaringkan lapan gol untuk AC Milan musim ini, selepas berpindah ke San Siro dari Turin, dan perpindahan beliau itu turut dikaitkan dengan ketibaan Cristiano Ronaldo di Juventus.

Menjawab apa yang akan berlaku selepas ini, Gattuso dengan geram berkata, “Jika ianya terpulang kepada saya, maka saya akan menjemput beliau ke rumah sebelum mengurung beliau di sebuah bilik.

“Saya akan memberi beliau makan setiap dua atau tiga jam sebelum pintu bilik kembali dikunci. Malangnya saya tidak boleh berbuat demikian.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN