Pogba, Fernandes Boleh Bergandingan Tetapi Seorang Kena Berkorban

Pogba

Bekas pemain Manchester United, Darren Fletcher menegaskan terdapat syarat yang perlu dipatuhi bagi membolehkan duo jentera tengah kelab tersebut, Paul Pogba dan Bruno Fernandes untuk mewujudkan kombinasi hebat bersama di posisi tersebut.

Syarat yang dimaksudkan oleh Fletcher ialah seorang daripada mereka perlu untuk berkorban dengan mengubah corak permainan bagi memastikan gandingan tersebut mampu menjadi pasangan serasi.

Fletcher yang 13 musim beraksi bersama Manchester United mengakui sesuatu yang hebat untuk melihat Pogba dan Fernandes mengepalai jentera tengah pasukan di tangga kelima saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Hal ini kerana Pogba dilaporkan sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan dialami yang memaksanya menjalani pembedahan pada Januari lalu.

”Pemain hebat boleh bergandingan bersama-sama,” ujar Fletcher menurut laporan Goal.

”Seseorang mungkin perlu berkorban sedikit untuk sesuatu. Itu adalah sebahagian daripada pasukan, bukanlah sukan individu.”

”Ketika anda bermain dengan pemain tengah tertentu, sama ada ia merupakan tengah bertiga, anda harus menyesuaikan permainan anda dengan saling melengkapi antara satu sama lain.”

”Itulah saya yang saya lakukan ketika bersama United. Saya berada dalam pasukan yang mempunyai ramai pemain tengah berbeza, banyak kombinasi dan jika seseorang pemain tengah beraksi, saya akan mencuba mengambil posisi itu untuk membolehkannya mendapat manfaat dan dia juga boleh melakukan sesuatu bagi memudahkan saya.”

‘”Semua ini adalah mengenai kesesuaian dan menyedari kekuatan rakan sepasukan anda serta bagaimana untuk mendapatkan persembahan terbaik anda tetapi pada akhirnya, anda akan mengorbankan apa yang terbaik buat anda bagi membolehkan seseorang menjadi cemerlang, di mana ia akan membantu pasukan mencatatkan kemenangan,” tambah Fletcher lagi.

Kredit featured image: Shaun Botterill/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai gandingan Pogba dan Fernandes:

Leave a Reply