Pogba Disisihkan, Lacazette Tarik Diri Daripada Menggantikan Martial

Perancis sebelum ini sudah mengeluarkan senarai pemain yang akan beraksi dalam tugasan antarabangsa. Antara yang dipanggil ialah Anthony Martial. Penyerang Man. United ini dalam prestasi terbaik bersama kelab beliau.

Dalam kempen Piala Dunia 2018, Anthony Martial terpaksa menerima keputusan Deschamps yang menggugurkan namanya di saat-saat akhir. Namun beliau tetap memberikan komitmen kepada pasukan kebangsaan negaranya.

Martial sudah menjaringkan gol dalam 5 penampilan EPL terakhir beliau. Beliau berjaya mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama Man. United.

Namun malangnya, Martial terpaksa disisihkan selepas didiagnosis ada kecederaan selepas perlawanan menentang Manchsester City. Martial sudah melaporkan diri ke dalam kem kebangsaan bersama-sama dengan rakannya – namun terpaksa dihantar pulang.

Begitu juga dengan Paul Pogba yang tidak cergas. Beliau tidak dapat diturunkan dalam aksi derbi Manchester pada Ahad lalu.

Seorang lagi pemain yang bermain untuk kelab Manchester – Benjamin Mendy juga terpaksa disisihkan. Mendy dilaporkan mengalami kecederaan lutut.

MANCHESTER, ENGLAND – SEPTEMBER 01: Benjamin Mendy of Manchester City prepares to take a throw in during the Premier League match between Manchester City and Newcastle United at Etihad Stadium on September 1, 2018 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Tom Flathers/Man City via Getty Images)

Perancis memanggil penyerang sensasi Arsenal – Alexandre Lacazette dan Moussa Sissoko untuk mengisi tempat Martial dan Pogba.

Namun begitu Alexander Lacazette dilaporkan tidak dapat melaporkan diri untuk tugasan kali ini. Pihak FFF tidak memberikan sebarang maklumat selanjutnya akan perkara ini semala.

Oleh itu Perancis memanggil Alassane Plea untuk mengisi tempat tersebut. Plea cemerlang bersama dengan Borussia Mochegladbach pada musim ini.

Untuk Bejamin Mendy, tempat beliau akan digantikan bek sisi Lyon iaitu Ferland Mendy – dipanggil buat pertama kali.

Perancis akan menentang Belanda dalam kempen Piala Negara-Negara Eropah. Ianya diikuti perlawanan persahabatan menentang Uruguay.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN