Santiago Solari Dijangka Akan Diumumkan Jadi Pengurus Tetap Real Madrid

Real Madrid kini dalam pertimbangan untuk memberikan jawatan tetap untuk Santiago Solari. Ini selepas pengendali sementara itu berjaya memperbaiki prestasi pasukan Real Madrid – sebaik sahaja beliau mengambil alih daripada Julen Lopetegui.

Laporan di Sepanyol menyatakan bahawa Real Madrid kini sedang dalam perbincangan untuk menyiapkan kertas tawaran kontrak kepada Solari.

Sejak mengambil alih – Solari berjaya membawa Real Madrid memenangi 4 perlawanan berturut-turut dalam semua pertandingan – 15 gol dihasilkan dan hanya 2 bolos.

Real Madrid membelasah Melillla di dalam Copa Del Rey. Mereka kemudiannya menang ke atas Viktoria Plzen dalam UCL diikuti 2 kemenangan dalam La Liga ke atas Real Valladolid dan Celta Vigo.

Real Madrid kini hanya dipisahkan 4 mata daripada pendahulu liga – Barcelona. Real juga hampir melayakkan diri ke pusingan 16 terakhir UCL.

Pengarah Real Madrid – Emilio Butragueno – memuji hasil kerja Solari. Beliau berkata: “Solari telah melakukan tugasannya dengan cemerlang sekali. Kami gembira dengan apa yang sedang berlaku sejak akhir-akhir ini.”

Solari menzahirkan rasa terima kasih beliau dengan peluang yang diberikan oleh Real Madrid. Solari tidak mahu menyembunyikan impiannya untuk mendapatkan jawatan itu secara tetap. Solari berkata kepada wartawan: “Ini merupakan peluang yang terbaik bersama kelab sebesar ini.”

“Saya bukan berkata begini hanya kerana saya sekarang menjadi pengurus, tetapi saya sudah berada di sini dengan pasukan B, saya pernah bermain dan berkeringat dengan jersi Real Madrid.”

“Madrid lebih besar daripada kami semua di sini, tetapi ianya berjaya menyentuh kami semua dengan keagungannya. Saya ingin menjadi sebahagian daripada sejarah kelab ini.”

Pengurusan Real Madrid memuji cara Solari mengendalikan krisis prestasi pasukan dan membuatkan bilik persalinan bersatu sekali lagi. Solari juga berjaya menggunakan skuad yang ada lebih baik daripada Lopetegui walaupun bergelut dengan masalah kecergasan dan kecederaan.

Temporary coach of Real Madrid CF, Argentinian former player Santiago Solari (L) looks at players during a training session at the Ciudad Real Madrid training facilities in Madrid’s suburb of Valdebebas, on October 30, 2018. – Santiago Solari has been put in temporary charge of Real Madrid after Julen Lopetegui was sacked on October 29, 2018. Solari was the coach of Madrid’s B team, Castilla, and is now expected to take Madrid for their Copa del Rey game against Melilla tomorrow. (Photo by GABRIEL BOUYS / AFP) (Photo credit should read GABRIEL BOUYS/AFP/Getty Images)

Solari dikatakan berjaya menguruskan isu kecergasan dan kecederaan pemain dengan sangat baik. Selepas minggu antarabangsa – Real Madrid akan berhadapan Eibar, Valencia, Huesca, Rayo Vallecano dan Villarreal. Kesemua pasukan tersebut berada di luar kelompok 10 teratas.

Cabaran terbesar pastinya menentang AS Roma di Itali dalam UCL. Namun Real Madrid dijangka tiada masalah untuk melepasi kumpulan G.

Berdasarkan peraturan di Sepanyol, jurulatih tetap perlu dilantik segera. Santiago Solari tidak boleh menjadi interim lebih daripada 2 minggu. Oleh itu, beliau dijangka akan mendapat jawatan tetap itu selepas perlawanan menentang Celta Vigo di mana Real Madrid menang 4-2.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN