Siapakah pemain tengah terbaik yang pilihan anda?
Baik, soalan itu pastinya akan menghasilkan pelbagai jawapan yang berbeza bukan?
Ada yang akan kata A, ada yang kata B. Malah ada yang akan kata Z juga!
Tetapi bagi Paul Pogba, siapakah pemain tengah terbaik yang pernah disaksikannya?
Menurut beliau, terdapat beberapa nama yang menjadi sebutan pemain Manchester United itu.
Dalam sebuah temu ramah di Perancis, beliau menyatakan Andres Iniesta dan Luka Modric antara pemain tengah terbaik di dunia.
“Siapakah pemain yang lebih hebat berbanding saya di bahagian tengah? Andres Iniesta, Luka Modric dan Toni Kroos.”
Selain 3 nama itu, Pogba turut menyatakan 3 lagi nama lain iaitu 2 pemain Manchester City dan seorang bekas pemain Arsenal.
“Selain mereka, Kevin De Bruyne, David Silva dan juga Abou Diaby juga merupakan pemain yang lebih hebat dari saya.”
Kenyataan Pogba ini pastinya menimbulkan persoalan, mengapa pemain seperti Diaby turut dikelaskan sebagai terbaik oleh Pogba?
Menurut Pogba, Diaby merupakan seorang pemain yang telah memberikan pengaruh besar kepada corak permainannya hari ini.
Malah menurut Pogba, Diaby merupakan pemain yang cukup hebat dalam tugas beliau iaitu sebagai pemain tengah dengan tugasan kotak ke kotak (box-to-box).
“Beliau cukup hebat ketika beraksi untuk Arsenal.”
“Ramai orang sudah lupakan Diaby, tetapi hakikatnya saya banyak belajar dengan beliau.”