Empat Kelab EPL Berminat Untuk Mendapatkan Khidmat Bale

Bale

Bintang Wales, Gareth Bale akan mengadakan perbincangan dengan Presiden Real Madrid, Florentino Perez awal minggu ini mengenai masa depannya di kelab Los Blancos.

Bale mencetus kejayaan membenam Liverpool 3-1 dalam final Liga Juara-Juara selepas dimasukkan dari bangku simpanan, dengan meledak dua gol termasuk satu menerusi sepakan gunting yang dianggap antara yang terhebat dalam sejarah kejohanan.

Namun, selepas perlawanan itu, pemain berusia 28 tahun ini berkata, dia akan menimbang pilihan yang ada pada musim panas akan datang kerana ketika ini, Bale bukannya pilihan utama skuad kendalian Zinedine Zidane.

Sumber rapat dengan pemain ini memaklumkan kepada AFP, Bale dan agennya mahu berbincang dengan Perez secepat mungkin ketika sambutan kejayaan menjulang hatrik muncul juara di Madrid, dan isu pemilihan pemain oleh Zidane menjadi agenda utama.

Bale tidak gembira mengenai hubungannya dengan Zidane, dan pilihan utamanya ialah kekal di Real, tetapi dengan syarat jika ditawarkan peranan lebih besar dalam penggiliran pemain musim depan.

Manchester City, Manchester United, Chelsea,  dan Tottenham Hotspurs dikatakan berminat dengan pemain ini yang mungkin akan kembali ke Utara London, dan sekali lagi ia juga berkaitan soal kewangan.

“Saya perlu beraksi setiap minggu, dan perkara itu tidak berlaku musim ini mungkin kerana satu alasan atau ada perkara lain,” kata Bale kepada BT Sport.

“Saya perlu duduk berbincang mengenai masa depan bersama agen dan membuat keputusan,” katanya

Bale, yang mempunyai kontrak sehingga 2020, dikatakan menikmati hubungan baik dengan Perez dan presiden kelab itu dijangka akan mengambil berat permintaannya.

Namun, Zidane yang berjaya membawa pasukan menjulang trofi ketiga berturut-turut dijangka mampu meningkatkan statusnya di kelab.

“Ia satu situasi sukar tetapi ramai yang sedang memerhatikan kami, saya memahaminya,” kata Zidane.

“Saya cuba melakukan yang terbaik untuk pasukan dan apabila semuanya berjalan lancar, dia layak untuk beraksi.

“Bale membuatkan keadaan menjadi sukar. Adalah normal untuk beraksi lebih kerap. Saya faham kehendak itu,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN