Laporan media di Turki menyatakan Podolski menyertai Liga Jepun (J-League) pada Jun ini.
Bekas penyerang antarabangsa Jerman itu pernah bermain untuk Bayern Munich dan Arsenal.
Beliau juga pernah bermain untuk Inter-Milan sebagai pemain pinjaman. Beliau kini bersama dengan Galatasaray.
The Hurriyet Daily melaporkan Podolski telah pun bersetuju perjanjian tiga tahun dengan Vissel Kobe.
Lukas Podolski dijangka mendapat pendapatan sekitar €15 juta sepanjang kontrak tersebut. Ia kontrak yang agak lumayan.
Yuran perpindahan beliau dikatakan sekitar € 2.7 juta dan dilaporkan sudah diterima oleh Galatasaray.
Podolski akan bermain bersama Galatasaray sehingga akhir musim ini dan akan terus ke Jepun pada Jun nanti.
Podolski berkata:
“Saya tidak sabar-sabar untuk ke Jepun. Namun komitmen saya tetap di sini sehingga akhir musim ini.”
Vissel Kobe pada mulanya menawarkan yuran perpindahan sebanyak € 2.0 juta tetapi Galatasaray memintak € 2.5 juta.
Jumlah tersebut adalah jumlah yang dibayar oleh Galatasaray ketika mendapatkan khidmat Podolski dari Arsenal.
Wakil Galatasaray berkata:
“Kami gembira memiliki beliau di sini. Jadi, tidak mungkin bagi kami untuk menjual beliau dengan harga yang lebih rendah. ”
Setelah beberapa rundingan dibuat, akhirnya Vissel Kobe bersetuju untuk membayar €2.7 juta.
Podolski dikatakan kurang senang dengan pengurusan Galatasaray dalam yang memecat Jan Olde Riekerink dan melantik Igor Tudor sebagai pengganti.
Galatsaray memang sedang dalam pergolakan di bahagian pengurusan mereka sepanjang musim ini.
Baca juga: 22 Pemain Serta Pegawai Laos & Kemboja Digantung AFC Kerana Atur Perlawanan