FAM Sahkan Rizal Ghazali Kekal Sebagai Pemain Pasukan Kedah

Rizal Ghazali kekal sebagai pemain pasukan Kedah menurut apa yang telah disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Dengan pengesahan ini, Rizal tidak terikat dengan mana-mana pasukan melainkan pasukan Kedah sahaja.

Didenda

Menurut sumber Arena Harimau Malaysia, hasil daripada keputusan Jawatankuasa Status Pemain FAM Rizal bagaimana pun tetap didenda oleh FAM.

Hal ini kerana beliau telah menandantangani kontrak bersama dengan FELDA United ketika masih lagi bergelar pemain Kedah.

Gambar: Zam Zainal/Asiana

Rizal didenda dengan bayaran denda sebanyak RM 25 ribu oleh pihak FAM.

Namun dalam masa yang sama, kontrak yang beliau tandatangani bersama dengan FELDA United dibatalkan serta-merta oleh pihak FAM.

Rayuan ditolak

Dalam masa yang sama, rayuan dari pihak FELDA United kepada FAM terhadap isu Rizal Ghazali ini juga secara automatiknya telah pun ditolak oleh pihak FAM.

Dan kini, Rizal sah sebagai pemain Kedah yang sah dan tiada lagi keraguan mengenainya lagi.

Baca juga: Lukas Podolski Bakal Ke J-League, Sertai Vissel Kobe Pada Jun 2017

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN