Pochettino Tidak Pernah Berminat Memikirkan Untuk Jadi Pengurus Man. United

Mauricio Pochettino sebelum ini dilaporkan menjadi sasaran utama Man. United untuk menjadi pengurus tetap. Namun begitu, Red Devils memutuskan untuk menghadiahkan interim – Ole Gunnar Solskjaer – dengan kontrak tetap – 3 tahun.

Pochettino ditanya; sama ada beliau pernah memikirkan akan jawatan di Old Trafford? Pengurus Spurs itu menegaskan beliau tidak pernah ambil peduli akan perkara itu dan menganggap ia sekadar spekulasi media.

Selain daripada dikaitkan dengan Man. United, Pochettino turut dikaitkan dengan Real Madrid. Namun Los Blancos sudah memeterai perjanjian untuk membawa pulang Zinedine Zidane.

Pochettino berkata: “Saya tidak pernah berminat dengan khabar angin. Dan sudah pastinya saya mahu ucapkan tahniah kepada beliau [Solskjaer].”

“Sekali lagi saya tegaskan, saya tak mahu berbincang pasal rumors kerana buat masa ini, lebih banyak perkara lebih penting.”

“Mungkin bagi orang biasa, ianya normal, kerana mereka tidak berada dalam dunia pekerjaan kami. Orang di jalanan akan berkata rumors seperti itu akan mengganggu fokus para pemain, jurulatih, pengurus, staf – namun bagi kami, khabar angin itu perkara biasa.”

Pochettino
ENFIELD, ENGLAND – DECEMBER 18: Mauricio Pochettino, Manager of Tottenham Hotspur talks to the press during the Tottenham Hotspur press conference at Tottenham Hotspur Training Centre on December 18, 2018 in Enfield, England. (Photo by Tottenham Hotspur FC/Tottenham Hotspur FC via Getty Images)

“Kami kekal fokus, tidak kira apa yang berlaku. Namun ini tidak bermakna kami akan menang kesemua perlawanan untuk butktikan kami kekal fokus. Ini sudah menjadi tanggungjawab kami untuk ‘hidup’ dengan perkara seperti ini dan cuba berhadapan dengannnya.”

Pochettino kemudian menyatakan rasa tidak sabar beliau untuk merasai suasana di stadium baharu. Spurs akan bermain pertama kali di Stadium Tottenham pada Rabu akan datang menentang Crystal Palace.

Buat masa ini fokus mereka adalah perlawanan menentang Liverpool di Anfield.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN