Pengurus Spurs memberikan pandangan beliau tentang masa depan pemain bek tengah mereka, Toby Alderweireld yang dikaitkan dengan perpindahan keluar.
Alderweireld gagal memeterai perjanjian dengan Man. United sebelum ini ketika hari terakhir jendela perpindahan. Namun begitu, beliau masih boleh menyertai kelab lain di luar England.
Pochettino tidak mahu membincangkan tentang Alderweireld dan tidak memberikan jaminan pemain itu komited kepada kelab.
Selepas kemenangan 3-1 ke atas Fulham, Pochettino memberitahu dia tak akan mengugut atau menekan pemain yang tidak mahu komited dengan pasukan.
Alderweireld bermain 90 minit manakala Danny Rose dan Dembele yang juga dikaitkan dengan perpindahan keluar tidak bermain penuh.
“Pemain yang tidak bermain perlu menunggu saya dipecat ataupun cari penyelesaian sendiri.”
“Saya sangat terbuka untuk mana-mana pemain yang nak angkat kaki. Namun jika mereka kekal di sini (gagal mendapatkan kelab lain), mereka harus berikan komitmen sepenuhnya.”
“Jika tidak, kita perlu cari penyelesaian lain.”
“Saya sudah muak bercakap tentang beberapa pemain yang tak gembira dan mahu pergi. Saya tahu, mana-mana pemain akan kecewa jika tak bermain.”
Pochetttino mengusik media Inggeris.
“Kamu orang yang mencipta peraturan bola sepak bukan? Kenapa orang Inggeris dahulu hanya benarkan 11 pemain sahaja atas padang bukan 24 pemain?”
“Kenapa perlu ada 25 pemain pasukan utama kalau yang hanya boleh bermain adalah 11 orang?”
“Kemudian, kenapa orang Inggeris dahulu hadkan pertukaran? Kenapa tak buat macam bola keranjang, boleh tukar setiap minit.”
“Kenapa tak buat macam Itali, boleh letak 7 pemain simpanan dalam senarai 18 pemain.”