Pengendali Tottenham Hotspur sukar untuk menjelaskan perasaan beliau dengan keputusan seri 1-1 dengan Watford semalam.
Spurs yang memulakan musim ini dengan cemerlang kini sudah sudah 3 perlawanan tanpa kemenangan. Spurs hanya menang sekali daripada 5 perlawanan terakhir mereka.
Dalam perlawanan semalam, Tottenham Hotspur dikejutkan dengan gol pendahuluan Watford menerusi Kabasele pada minit ke-13 selepas hantaran lintan Cleverley.
Spurs berjaya menyamakan kedudukan menerusi pemain terbaik Asia yang bermain di luar Asia, Son Heung Min kira-kira 13 minit selepas jaringan tersebut.
Spurs sekali lagi bergelut dalam perlawanan ini dan terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Davinson Sanchez dibuang padang pada minit ke-52.
Pengendali skuad Spurs, Mauricio Pochettino merasakan keadaan tidak menyebelahi mereka sejak beberapa perlawanan.
Mereka gagal mendapatkan keputusan terbaik meskipun sudah bermain baik. Dan semalam mereka terpaksa menempuh lebih 40 minit dengan 10 pemain.
“Kami berhak mendapat lebih lagi. Pada separuh masa kedua, kami bermain kurang seorang pemain lebih 40 minit. Pasukan kami cukup berani untuk cuba menang perlawanan ini.”
“Saya gembira dengan keputusan yang kami capai dengan kurang seorang pemain. Yang bagusnya kami tak bolos ketika bermain 10 orang dan hampir menjaringkan gol.”
“Kami mengawal perlawanan dengan baik dan saya gembira dengan aksi pemain-pemain saya.”