4 Kelab Di England Yang Dibentuk Penyokong Selain AFC Wimbledon

Masyarakat bola sepak global sudah mengetahui bahawa AFC Wimbledon merupakan kelab Inggeris yang dibentuk oleh peminat. Itu pun dibentuk selepas mereka menzahirkan perasaan tidak berpuas hati kepada pengurusan Wimbledon.

Ini disebabkan pengurusan kelab mengambil tindakan untuk berpindah ke Milton Keynes sekaligus menjenamakan semula sebagai Milton Keynes Dons. Malah, tindakan itu disokong oleh FA Inggeris.

Kali ini, kami membawakan kisah beberapa kelab di England yang dibentuk oleh peminat. Dan kesemua kelab ini dahulunya pernah beraksi dalam saingan English Football League.

1. Scarborough Athletic

Penyokong Scarborough Athletic.

Ia diasaskan oleh sekumpulan penyokong kelab Scaraborough pada tahun 2007. Kelab asal, Scarborough pernah bermain dalam saingan English Football League dari 1987-88 sehingga 1998-99. Nama mereka menjadi popular tatkala menewaskan Chelsea dalam pusingan kedua EFL Cup musim 1989-90.

Penyokong mengambil keputusan menubuhkan kelab baru berikutan penutupan kelab asal. Kelab asal ditutup kerana menanggung hutang hampir 3 juta pound sterling. Penyokong menggunakan nama Seadog Trust sebagai organisasi batu loncatan kepada penubuhan kelab. Seadog merupakan nama timangan bagi kelab tersebut.

Walaubagaimanapun, Seadog Trust mengambil keputusan mengekalkan keseluruhan identiti kelab seperti warna rasmi dan logo. Semasa kelab ditutup pada 2007, mereka beraksi di National League (divisyen 5), tetapi kini kelab serpihan ini beraksi dalam divisyen 8.

2. Chester

Penyokong Chester. Sumber: Chester Chronicle.

7 tahun yang lalu yakni pada 2010, Chester City menutup operasi disebabkan hutang. Organisasi penyokong kelab City Fans United (CFU) diasaskan pada 2009 mengambil keputusan untuk menubuhkan kelab baru.

Sebenarnya, CFU telah memboikot kelab kerana kegagalan pengurusan menangani masalah yang timbul. CFU sendiri telah menubuhkan kelab serpihan sebelum Chester City diarahkan untuk dibubarkan. Nama Chester dipilih selepas undian, malah nama Chester itu merupakan nama asal kelab Chester City.

Kelab baru itu menerima sokongan daripada pihak berkuasa tempatan Chester. Mereka diberikan kebenaran untuk bermain di Deva Stadium, di mana kelab asal pernah beraksi. Chester kini beraksi dalam National League pada musim ini.

Pada awal kewujudannya, Chester bermain di divisyen yang lebih bawah.

3. AFC Rushden & Diamonds

Penyokong AFC Rushedn & Diamonds. Sumber: Northampton Suprise.

Kelab ini ditubuhkan pada 2011 oleh sekumpulan penyokong. Ia ditubuhkan selepas mesyuarat organisasi penyokong kelab yang dinamakan SaveRDFC. Kelab asal, Rushden & Diamonds disingkirkan National League kerana masalah kewangan. Kelab baru ini dikawal selia sepenuhnya oleh penyokong

Pada tahun pertama penubuhannya, mereka hanya menempatkan pasukan belia dalam saingan liga belia tempatan. Tetapi, mereka dapat memasukkan pasukan senior setahun kemudian. Kini, mereka bermain dalam saingan Southern League.

Kelab asal, Rushden & Diamonds pernah beraksi dalam EFL League Two pada musim 2005-06. Pada akhir musim, mereka diturunkan ke National League.

4. Hereford

Penyokong Hereford. Sumber: Google.

22 Disember ini, genaplah usia 3 tahun Hereford sebagai kelab serpihan. Kelab ini ditubuhkan oleh organisasi yang dikenali Hereford United Supporters Trust pada 2014.

Hereford United pernah bermain dalam saingan English Football League. Kedudukan mereka paling tinggi ialah beraksi dalam EFL Championship pada musim 1976-77. Nama mereka juga dicoret sebagai antara kelab kerdil yang menjinakkan kelab gergasi, Newcastle United dalam Piala FA musim 1971-72.

Nasib Hereford baik apabila banyak pihak memberikan sokongan. Majlis tempatan Hereford meluluskan penggunaan stadium Edgar Street. Selain itu, sekumpulan ahli perniagaan tempatan juga membantu dalam melicinkan pembentukan kelab.

Uniknya, sebuah syarikat pembangun perisian telefon pintar telah memilih Hereford sebagai pasukan default untuk permainan Football Chairman.

Penutup

Kerjasama yang jitu dan cintakan bola sepak merupakan elemen utama memudahkan pembentukan kelab yang baru. Ia ternyata bukan kerja mudah. Kelab-kelab di atas sudah pasti ingin mengikuti jejak langkah AFC Wimbledon yang berjaya mara ke English Football League.

Mungkinkah akan ada wajah baru dari jenama lama di dalam saingan liga bola sepak tertua di dunia?

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN