Mauricio Pochettino mahu semua pihak bersabar terhadap penangguhan penggunaan stadium baru milik Tottenham Hotspur.
Selepas Stadium Wembley sudah ditempah untuk acara lain, Spurs terpaksa mencari venue lain untuk menjadi tuan rumah kepada Watford di saingan Piala Carabao.
Untuk itu, Spurs telah memilik Stadium MK milik MK Dons di Milton Keynes, yang berkapasiti 35,000 tempat duduk.
Spurs telah pun menghantar permohonan kepada EFL untuk mengadakan perlawanan tersebut di situ, tetapi ia seperti tidak disambut baik oleh semua pihak.
Kelab penyokong, Tottenham Hotspur Supporters Trust (THST) tidak gembira dengan keputusan tersebut, dan Watford sendiri turut kurang bersetuju.
Dalam sidang media semalam, Pochettino berkata:
“Anda tidak boleh membuat semua orang gembira. Perkara paling penting sekarang ialah kata putus dari Football League untuk membenarkan kita memilih venue tersebut.
“Setiap keputusan yang akan dibuat berdasarkan apa yang terbaik untuk pasukan. Keputusan tetap harus dibuat walaupun ia akan memberi kesukaran,” jelas Pochettini.
“Idea kami stadium ini sepatutnya sudah sedia untuk digunakan, tetapi hari ini ia mustahil sedemikian. Begitu juga dengan penggunaan Stadium Wembley. Anda tidak boleh menukar ia sesuka hari, dan ia sukar bagi kami.
“Masalah di sini ialah untuk pasukan ini, bukan lawan kami. Kami lebih kecewa berbanding dengan mana-mana pihak. Saya harap penyokong kami boleh memahami apa yang kami hadapi. Apa lagi yang boleh kami lakukan?
“Stadium itu belum bersedia untuk digunakan. Ok, mungkin selepas sidang media ini saya boleh ke sana untuk menolong pihak kontraktor menyiapkannya….tetapi ia tetap mustahil.
“Kita semua harus bersabar dan memahami bahawa semua pihak sedang melakukan apa yang terdaya untu menyelesaikan masalah ini
“Amat mudah untuk mengeluh, tetapi untuk lembaga pengarah dan pengerusi kelab, saya tahu ia adalah situasi yang sangat sukar,” tambah pengurus dari Argentina ini.