Pochettino Mahu Dele Alli Berhenti ‘Diving’, Ia Perbuatan Merugikan

Mauricio Pochettino memberikan amaran terbuka kepada Dele Alli di hadapan wartawan selepas tamat perlawanan Spurs menentang Huddersfield semalam.

Ianya selepas pemain muda itu dilayangkan kad kuning kerana simulasi ataupun ‘diving’. Alli melakukan perbuatan itu sekali lagi, dan ia nyata sekali tidak menggembirakan bos beliau.

Alli telah merebahkan badannya ketika berhadapan dengan penjaga gol lawan Jonas Lossl dan meminta sepakan penalti.

“Saya belum tengok lagi insiden itu, sebab sukar saya menentukan ia ‘dive’ daripada posisi saya. Tetapi, jika saya dapati ia satu simulasi, saya mahu dia belajar.”

“Perbuatan itu merugikan dia, merugikan pasukan dan juga tidak memberikan apa-apa manfaat kepada bola sepak.”

“Beberapa tahun lalu kita bercakap tentang fair play dan bermain dengan jujur. Saya rasa dia banyak meningkatkan permainan dia musim ini tetapi masih ada benda yang saya mahu dia belajar.”

Ini bukan pertama kali Alli dilayangkan kad kuning kerana simulasi. Pochettino mahukan Alli tidak melakukannya lagi. Kerana kad kuning daripada perbuatan itu adalah sia-sia.

Mauricio Pochettino jelas sekali mahukan pemain ini lebih fokus kepada pembangunan bakat beliau berbanding dengan memikirkan cara kotor untuk menang di dalam padang.

(Photo by Catherine Ivill – AMA/Getty Images)

Lebih merisaukan apabila Alli digantung 1 perlawanan kerana insiden jari tengah beliau ketika menentang Slovakia. Alli masih muda dan ia satu gejala yang tidak sihat kepada pembangunan beliau.

Dele Alli menjadi antara pemain sensasi Spurs musim lalu dan musim ini. Beliau membantu Spurs menamatkan saingan EPL di tempat paling tinggi dalam sejarah kelan mereka pada musim lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN