Video: Skil Fellaini, Pakar Kawalan Dada Dan Beberapa Siri Sombrero

Fellaini menjadi pemain yang dikagumi ramai kerana beliau terus cuba membuktikan sesuatu kepada penyokong beliau meskipun pada awalnya menjadi mangsa kecaman.

Berbeza dengan beberapa pemain seperti Schneiderlin mahupun Angel Di Maria yang tidak bersungguh-sungguh berjuang untuk memperbaiki aksi mereka di dalam pasukan dan minta dilepaskan ke kelab lain.

Fellaini walaupun lebih berada di dalam senarai ‘tidak diingini’ berbanding dengan nama di atas. Ada yang berkata:

“Kenapa jual Schneiderlin bukan Fellaini? Kenapa lepaskan Di Maria dan si ‘pokok’ tu kekal?”

Musim lalu, Fellaini menjadi pemain penting dalam memberikan keceriaan kepada Mourinho pada musim pertama pengurusan beliau. 2 piala dan 1 perisai komuniti dijulang mereka.

Pada musim ini, Fellaini terus cemerlang. Paling ketara, ketika United kehilangan Pogba, Fellaini membuktikan dirinya mampu menggalas tugasan di tengah padang.

Saksikan beberapa aksi Fellaini di sini. Kepakaran beliau adalah kawalan bola dengan dada yang memang melekat. Tak lupa juga beberapa aksi sombrero beliau sebagai pakej tambahan.

Walaupun sombrero Fellaini tidak selaju Neymar, tetapi versi beliau tetap keras dan kaki panjang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN