Mauricio Pochettino berkata para pemain beliau perlu pergi melihat cermin lama-lama dan menyalahkan diri sendiri daripada cuba menyalahkan padang dan Stadium Wembley selepas kekalahan kedua di tempat sendri dalam UCL.
Spurs meminjam Wembley untuk sementara bagi kempen UCL kerana White Hart Lane sedang dalam proses penambahbaikan. Mereka sedang menambah kapasiti tempat duduk penyokong.
Tottenham Hotspurs meratapi kekalahan di tangan Bayer Leverkusen menerusi jaringan tunggal Kevin Krampl. Timbul alasan daripada beberapa pihak yang menyatakan padang Wembley mungkin sebab utama mereka sukar untuk menang.
Kenyataan tersebut banyak dibangkitkan oleh media dan segelintir penyokong yang merasakan pasukan kesayangan mereka bermasalah dengan permukaan padang Wembley.
Pochettino membalas:
“Beritahu saya, mana lagi tempat yang lebih baik daripada bermain di Wembley?”
“Mustahil untuk mencari padang yang lebih baik daripada Wembley.”
“Kami nampak tidak bebas (fluid) dalam permainan dan gagal menunjukkan kualiti sebenar. Selepas dua perlawanan di Wembley, kedua-duanya berakhir dengan keputusan yang teruk.”
“Ia bukan alasan, ia adalah kenyataan.”
“Masalahnya adalah datang dari kami sendiri terutama pada malam ini, bukannya Wembley.”
“Kami bermain di hadapan 85,000 penyokong kami dan ia memalukan. Ia adalah memalukan bagi saya. Kita perlu berusaha lebih banyak lagi.”
“Kami harus lebih kritikal ke atas diri sendiri, dan cuba berubah.”
“Menentang Monaco, mungkin anda boleh menjadikannya (Wembley) sebagai alasan kerana suasana baru. Namun, selepas kalah juga perlawanan kedua, bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan kami.”
Dengan kekalahan tipis di tangan Bayer Leverkusen bermakna mereka sedang dalam rentetan 6 perlawanan tanpa kemenangan selepas kemenangan cemerlang ke atas Manchester City.
Selepas ini, Tottenham Hotspurs akan berhadapan dengan seteru London, Arsenal. Ia dijangka perlawanan yang mencabar untuk Spurs kerana Arsenal dalam prestasi terbaik setakat ini.
Baca juga : Sejarah Permusuhan Arsenal Dengan Tottenham Hotspurs