Pasarella Tuduh Messi Tidak Layak Menjadi Kapten Argentina, Cadang Calon Lebih Baik

Bekas pemain antarabangsa Argentina dan Juara Piala Dunia, Daniel Passarella berpendapat Lionel Messi tidak layak dan tidak sepatutnya menjadi kapten Argentina.

Ini kerana pemenang 5 kali Ballon d’Or itu memiliki personaliti yang agak pemalu dan suka memencilkan diri.

Passarella mengakui dia adalah peminat nombor 1 bintang Barcelona itu, namun beliau tidak merasakan Lionel Messi ada bakat kepimpinan yang semula jadi.

messi76_2706getty_875

“Apabila dilantik menjadi kapten, ia akan menambahkan tekanan kepada Lionel Messi untuk cuba menjadi pemimpin.”

Ada Yang Lebih Layak!

Ketika ditanya, siapakah yang beliau rasakan layak untuk menjadi kapten? Pasarella menjawab:

“Rasanya, Argentina sudah ada pemimpin yang semula jadi di dalam padang iaitu Ramiro Funes Mori.”

mori

“Funes Mori adalah pemain yang sangat vokal dan berketerampilan sebagai seorang pemimpin di dalam padang. Dia lebih semulajadi”

“Ada beza di antara pemain yang berbakat dengan pemimpin. Ia bukan kualiti yang dimiliki semua orang”

“Saya mengagumi Messi, tetapi saya fikir beliau cukup personaliti untuk menjadi kapten. Beliau ada personilti yang lebih pemalu dan suka mengasingkan diri.”

Pasarella Mungkin Silap

Mungkin ramai akan menganggap kenyataan Pasarella ini sebagai tidak tepat. Ini kerana kapten Messi telah membantu negaranya mara ke 3 perlawanan akhir major berturut-turut iaitu Piala Dunia 2014, Copa America 2015 dan Copa America 2016.

Messi kemudian mengejutkan ramai pihak dengan keputusan bersara selepas tewas final Copa America. Diego Maradona antara yang lantang mengkritik Messi telah memujuk agar pemain itu kembali ke pasukan kebangsaan.

Selepas persaraan Messi, Argentina berhadapan dengan krisis prestasi dan gagal memenangi sebarang perlawanan. Ramai pihak mahukan Messi untuk kembali ke pasukan kebangsaan.

Messi kemudian menarik semula persaraan beliau.

Pada pandangan anda, adakah Messi layak menjadi kapten Argentina ataupun sebaliknya?

Baca juga : Raul Sertai Debat Popular Peminat Bola Sepak: Siapa Paling Hebat – Messi Atau Ronaldo?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN