Pochettino Bangga Dengan Persembahan Skuadnya Kalahkan Leicester City

Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino berasa bangga dengan persembahan cemerlang anak-anak buahnya dalam aksi menentang Leicester City semalam.

Menurut laman Mirror, pengurus tersebut jelas gembira dengan prestasi pasukannya dalam perlawanan yang dianggap sukar bagi pasukannya kerana para pengadilnya.

“Ada masanya anda menang perlawanan dengan tidak bermain dengan baik. Saya cukup gembira, sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada para pemain.”

“Pada saya para pemain telah melakukan dengan cukup terbaik. Dengan semua keadaan yang berlaku semasa perlawanan dan musim ini, ianya penting untuk menyedari yang mereka melakukan usaha yang baik dan berbangga dengannya.”

Walaupun begitu, Pochettino jelas tidak gembira dengan aksi yang ditunjukkan oleh pengadil perlawanan – Michael Oliver.

Hal ini kerana, pengadil tersebut telah melayangkan kad kuning kepada Son Heung-min diatas tindakan pemain itu melakukan simulasi.

Kemarahan Pochettino itu jelas selepas ianya berpunca hasil dari tindakan Oliver terdahulu yang tidak memberikan sepakan penalti kepada pasukannya satu ketika dahulu.

Situasi itu berlaku ketika pasukannya menentang Liverpool di Wembley dengan menyaksikan Tottenham Hotspur dinafikan sepakan penalti pada minit-minit akhir yang boleh memberikan 1 mata kepada mereka.

“Pengadil yang sama, tetapi saya tak tahu macam mana dia buat penilaian.”

“Saya adalah orang yang boleh menerima kesilapan, tetapi hari ini saya rasa pelik sikit dalam situasi ini.”

“Posisi Son Heung-min itu cukup jelas, saya memang tak percaya keputusan yang dibuat oleh pengadil.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN