Sebelum ini anda pasti ingat dengan nama-nama seperti Hernan Crespo, Filippo Inzaghi, Raul Gonzales, Robbie Fowler, Pauleta, Davor Suker, Ruud Van Nistlerooy, Klose dan ramai lagi.
Nama-nama di atas adalah contoh baka poacher dan sangat berharga dalam pasaran bola sepak dunia. Mereka sentiasa menjadi rebutan oleh kelab-kelab besar kerana bisa mereka di hadapan gol.
Apa Itu Poacher?
Baka poacher merujuk kepada penyerang yang tidak kompetitif secara fizikal namun memiliki kemampuan untuk melakukan gol dengan teknik yang luar biasa. Mereka cepat untuk bertindak balas kepada bola yang menuju mereka.
Reaksi mereka ke atas bola sangat semula jadi dan sangat klinikal sehingga digelar sebagai Fox In The Box. Mereka akan sentiasa berada di atas dengan jarak yang jauh daripada pemain lain.
Ini kerana mereka tidak ada kemampuan untuk membina gerakan secara berpasukan dan ramai mereka memiliki mobiliti yang rendah.
Untuk yang bermobiliti rendah ini, jika turun ke bawah, mereka akan sukar untuk sampai ke atas ketika permainan bergerak laju.
Mereka boleh menjaringkan sehingga 30 gol semusim namun ia memerlukan pengorbanan 110% daripada pemain lain untuk memanfaatkan teknical superior mereka di dalam kotak penalti.
Mereka biasanya memiliki ketenangan yang sangat tinggi. Oleh sebab itu mereka diibaratkan sebagai baka no.9 berdarah sejuk.
Mereka memiliki naluri gol yang tinggi dan ada kemampuan untuk berada di posisi yang betul pada masa yang tepat.
Paling penting adalah gerakan tanpa bola mereka yang kelihatan seperti tidak ada arah tujuan di dalam kotak penalti namun kerapkali menemui bola pada titik yang tepat.
Yang membezakan mereka dengan target man adalah fizikal mereka yang tidak kuat ataupun besar. Contoh target man adalah seperti Zlatan Ibrahimovic dan Karim Benzema.
Target man lebih keras dan lebih kompetitif dalam duel. Manakala poacher pula sangat bertentangan. Namun kedua-dua mereka memiliki banyak persamaan dari segi kebolehan teknikal yang tinggi dalam menghasilkan gol.
Cabaran Baka Poacher
Namun pada hari ini, penyerang tipikal poacher ini semakin kurang mendapat tempat dalam pasukan-pasukan besar. Mereka kebanyakannya hanya dianggap plan B.
Anda pasti masih ingat bagaimana Demba Ba dijual oleh Jose Mourinho ketika di Chelsea dengan alasan pemain tersebut tidak menepati kehendak taktikal. Demba Ba walaupun berfizikal besar namun sangat lemah dalam duel.
Jadi, bagi Jose Mourinho, Demba Ba hanyalah goal poacher dan tidak menepati definisi target man. Mourinho lebih memerlukan pemain target man ala Drogba, Zlatan mahupun Anelka dalam pasukan beliau.
Ia adalah sebab kenapa Diego Costa dibawa masuk. Ini kerana poacher terlalu minta disuap dengan bola yang precisive.
Ketika Sir Alex Ferguson melihat senario intensiti bola sepak yang semakin menuntut penyerang lebih aktif untuk terlibat dalam organisasi pasukan.
Beliau terpaksa melepaskan pemain yang bernama Ruud Van Nistlerooy daripada Old Trafford.
Ia juga antara sebab kenapa beliau tidak ada masalah melepaskan pemain seperti David Beckham yang dikhabarkan duduk terlalu jauh daripada kem pasukan.
Ini kerana projek baru mereka tidak ada poacher klasik dan tidak memerlukan pemain yang menjadi feeder seperti Beckham yang juga amat minima mobilti dalam gerakan berpasukan.
Sir Alex lebih menekankan pemain yang sesuai dengan kehendak pendekatan taktikal baru. Beliau sanggup menggunakan Park Ji Sung sebagai pemain penting dalam plan B ataupun dalam perlawanan yang memerlukan mereka bertahan.
Ia adalah isu untuk membina bola sepak yang lebih tinggi workrate. Park Ji Sung adalah tipikal pemain sayap defensive (defensive winger).
Tidak lama selepas untuk beliau melakukan transisi yang luar biasa dengan pengguanaan sistem false 9 dengan Wayne Rooney mahupun Carlos Tevez.
Tidak lupa juga kebangkitan Cristiano Ronaldo sebagai penyerang sayap dan kemudiannya menjadi penyerang dalam (inside forward).
Di Arsenal, Arsene Wenger membangunkan Robin Van Persie yang asalnya penyerang sayap dan jua penyerang kedua sebagai penyerang utama.
Beliau melupakan hasrat untuk membangunkan pemain bernama Eduardo yang dianggap prospek yang sangat berpotensi. Mungkin sebab lain adalah kecederaan serius Eduardo.
Namun selepas itu Wenger tidak lagi memiliki pemain baka poacher dalam pasukan.
Taktikal Era Moden
Di Barcelona, sistem poacher ini sudah lama mati. Kemasukan pemain seperti David Villa ke Barca lebih kepada pelan sampingan walaupun Villa juga boleh terlibat dengan permainan berpasukan.
Begitu juga di Real Madrid, poacher terakhir mereka adalah Raul Gonzales selepas sebelum itu mereka memiliki 2 orang iaitu Raul dan Nistlerooy.
Kini, lahir baka-baka seperti 9 jadian dan lebih ramai no.9 moden seperti Luis Suarez, Kun Aguero yang lebih aktif bergerak untuk mencari bola dan mencipta gol dengan usaha mereka sendiri.
Bola sepak moden sangat mementingkan aspek taktikal dengan 10 pemain (outfields players) berbanding dengan sistem yang menggunakan poacher sebelum ini.
Adakah Baka Poacher Akan Pupus?
Secara teknikalnya, baka ini memang kurang mendapat tempat di hati jurulatih era moden. Berbeza dengan target man classic yang masih hidup segar.
Namun ia bukan alasa untuk menidakkan baka ini. Di Bayern Leverkusen, Chicharito dianggap antara penggempur terbaik di Bundesliga pada musim lalu.
Ramai pemerhati bola sepak memang melihat baka ini semakin pupus dalam bola sepak tertinggi. Namun untuk menggelarkannya baka yang akan mati, rasanya agak kurang tepat.
Ini kerana, baka ini ada kelebihan mereka tersendiri iaitu kekuatan teknikal dan naluri gol yang membunuh.
Namu di negara kita, tiada masalah untuk poacher ini terus hidup. Poacher seperti Ken Ilso pun nampak seperti ‘target man’ apabila bermain dalam liga kita. Masih terlalu ramai baka ini dalam negara kita.