Shunsuke Nakamura: Raja Sepakan Percuma Dari Jepun

Sebelum nama Keisuke Honda menjadi terkenal kerana kehebatan kaki kirinya. Sebelum itu, Jepun sudah mempunyai perwira kaki kiri yang mantap yang menerusi rembatan tepat beliau ketika sepakan percuma.

Beliau adalah Shunsuke Nakamura. Wira Jepun yang mencipta nama ketika era pertengahan 2000-an di Eropah.

Bakat luar biasa

Nakamura dilahirkan pada 24 Jun 1978 di Yokohama, Jepun. Beliau dilahirkan dan dibesarkan di sana.

Beliau pertama kali bermain bola sepak pada usia 5 tahun dengan bermain untuk pasukan kanak-kanak Misono FC.

Bakat luar biasa Nakamura berjaya menarik perhatian ramai pihak, oleh itu beliau terpilih untuk mengikut pasukan Yokohama All-Star ke jelajah Kesatuan Soviet.

Menariknya mengenai jelajah itu adalah ia dikhaskan untuk pelajar gred 6 sahaja. Akan tetapi, Nakamura terpilih untuk menyertai jelajah itu semasa beliau menjadi pelajar gred 5!

Pada usia 12 tahun, Nakamura kemudiannya menyertai akademi bola sepak Nissan. Namun jodoh beliau dengan kelab itu tidak bertahan lama kerana beliau mengalami masalah dengan tumbesaran fizikal beliau.

Akhirnya beliau memilih untuk berhijrah ke Kawasaki di Sekolah Tinggi Toko Gakuen dan disinilah nama Nakamura semakin dikenali.

Beliau berjaya membawa sekolahnya ke perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Sekolah Tinggi Jepun untuk 2 tahun berturut-turut pada tahun 1995 dan 1996.

Bakatnya itu membuatkan beliau berjaya memasuki skuad B-20 tahun Jepun untuk Kejohanan AFC B-20 pada 1996.

Dari Jepun ke Eropah

Nakamura memulakan karier senior beliau bersama Yokohama F. Marinos pada 1997.

Karier beliau memula menaiki satu tahap yang lebih tinggi apabila berjaya menjaringkan 10 gol dari 37 penampilan pada musim 1998. Prestasinya ini berjaya membuatkan beliau dipilih sebagai pemain muda yang berpotensi tinggi untuk berjaya.

Pada tahun 2000, Nakamura berjaya memenangi Anugerah Pemain Paling Bernilai J-League selepas mencatatkan 5 gol dan 11 bantuan gol.

Nakamura akhirnya membuat keputusan untuk pergi ke Eropah untuk memajukan kariernya terutamanya selepas kecewa disisihkan dari skuad Piala Dunia 2002.

Beliau menerima banyak tawaran antaranya Reggina, Napoli, Lecce dan juga Real Madrid!

Namun begitu, Nakamura memilih untuk berhijarah ke Itali untuk bersama Reggina.

Masa sukar di Itali

Ketika para pemain Reggina sedang bergembira meraikan kejayaan layak ke Serie A pada musim 2001/2002, pengerusi Reggina ketika itu iaitu Pasquale Foti telah menelefon Yokohama F. Marinos untuk mendapatkan Nakamura.

Kehadiran Nakamura sangat dinanti di Reggina. Kebanyakan pihak telah meletakkan harapan yang tinggi kepada pemain tersebut, hal ini terbukti apabila jersinya terjual sebanyak 25 ribu helai dalam masa 5 bulan pertamanya di sana!

Nakamura berjaya menamatkan musim pertamanya di Itali dengan menjaringkan 7 gol dari 32 penampilan. Masa sukar Nakamura di Itali bermula pada musim seterusnya.

Beliau dihimpit dengan krisis kecederaan dan masalah dalam Reggina yang menyaksikan pengurus saling bertukar membuatkan Nakamura sukar untuk memecah masuk ke skuad utama.

Nakamura gagal untuk menyesuaikan diri dengan taktik yang dipakai oleh Walter Mazzarri menyaksikan beliau kerap bermain sebagai pemain gantian.

Seterusnya, prestasi Reggina yang kerap bertarung untuk mengelak dari tersingkir dari liga membuatkan Nakamura merasakan dirinya tidak belajar banyak perkara di Itali. Lantas, Nakamura bertindak untuk pergi.

Wira di Scotland

Nakamura tiba di Celtic setelah dibawa masuk oleh Gordon Strachan pada musim 2005/2006 dan kehadiran beliau dianggap sebagai penyelamat kepada Celtic.

Beliau dianggap sebagai pemain yang cukup cemerlang dan mendapat pengiktirafan dari Strachan, jurulatih Tommy Burns dan kapten ketika itu Neil Lennon.

Hal ini kerana, dedikasi, kreativiti serta ketenangan beliau berkerja ketika di bawah tekanan menyebabkan mereka amat mengagumi Nakamura.

Nakamura ternyata wira untuk Celtic dan merupakan pemain yang akan muncul terutamanya ketika dalam perlawanan-perlawanan penting.

Sebagai contoh, beliau menjadi wira untuk Celtic ketika perlawanan penting menentang Manchester United dalam UEFA Champions League.

Serta, sepakan percuma minit akhir beliau telah memberikan kemenangan penting untuk Celtic ketika hari terakhir liga ketika menentang Kilmarnock.

Nakamura ternyata memperoleh pelbagai gelaran di Scotland. Maka tidak hairan kenapa beliau dianggap idola disana:

  • 3 gelaran Scottish Premier League
  • 1 gelaran Scottish Cup
  • 2 gelaran Scottish League Cup

Espanyol dan kembali ke Jepun

Selepas 4 tahun di Scotland, Nakamura berhijrah ke Sepanyol pula untuk menyertai Espanyol.

Namun, karier beliau tidak seperti yang diharapkan di sana. Selepas semusim, beliau kembali semula ke Jepun untuk bersama Yokohama F. Marinos.

Kini beliau kembali ke Jepun bersama pasukan lamanya. Dan ternyata pengalamnnya di Eropah berjaya memimpin pasukannya ke gelaran J1 League yang pertama sejak 1994.

Karier bersama Jepun

Nakamura mempunyai 2 situasi berbeza ketika bersama skuad kebangsaan Jepun. Ketika bersama dengan jurulatih Phillipe Troussier, beliau seolah-olah buangan di sana.

Hal ini kerana, Troussier merasakan beliau tidak mempunyai fizikal yang sesuai serta corak permainannya tidak sesuai untuk bermain dengan taktikal bertahan beliau.

Namun, dibawah kendalian Zico. Nakamura berjaya mendapatkan tempatnya bersama pasukan Jepun.

Nakamura berjaya menjadi nadi kepada kejayaan Jepun di Piala Asia 2004, selain itu beliau juga menjadi pemain utama ketika Jepun beraksi di Piala Konfenderasi 2003 dan 2005.

Beliau kemudiannya menggantung but dari bola sepak antarabangsa selepas Piala Dunia 2010.

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

[adrotate banner=”27″]

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga: Mengenang Lagend Gheorge Hagi, ‘Maradona’ Dari Carpathians

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN