‘Playmaker’ Bernilai £80 Juta Semakin Hampir Sertai Manchester United?

Jack Grealish De Gea Manchester United Aston Villa

Selepas siri khabar angin mengenainya, Manchester United dikatakan semakin hampir untuk mendapatkan pemain tengah dan kapten Aston Villa, Jack Grealish.

Pemain berusia 24 tahun itu cemerlang pada musim ini dengan sembilan gol dan enam bantuan gol turut menarik minat Pep Guardiola dan dikatakan Manchester City turut berminat untuk mendapatkan khidmatnya bagi saingan musim hadapan.

United lebih berpotensi

Man City mula dikaitkan dengan Grealish apabila pemain mereka, Leroy Sane mula dikhabarkan bakal meninggalkan The Citizen untuk menyertai Bayern Munich. Pep Guardiola sangat meminati bakat yang dimiliki pemain tersebut menurut Telegraph.

Sane menyertai Man City pada 2016 daripada Schalke dengan yuran perpindahan £37 juta dan pemain tersebut telah tampil beraksi sebanyak 133 perlawanan dengan menghasilkan 39 gol dan 45 bantuan gol dan turut meraih beberapa kejuaraan.

Pep dilaporkan sangat kecewa dengan apa yang berlaku dan sangat menyukai bakat Sane namun, kini mereka perlu memburu pengganti yang sesuai dan apa yang dipamerkan Grealish musim ini dilihat telah memikat pengendali dari Sepanyol itu.

Walaubagaimanapun, Ole Gunnar Solskjaer sebenarnya lebih hampir untuk menjadikan Grealish sebagai The Red Devils apabila kelab tersebut merupakan kelab yang diminati oleh pemain tersebut sejak kecil. Ia bukanlah satu bisnes yang sukar buat mereka.

Mahu gandingkan dengan Bruno Fernandes

Menurut laporan The Express, perpindahan tersebut semakin hampir apabila pemain kelahiran akademi Aston Villa itu sudah membeli rumah berdekatan North-West dan ia disahkan oleh rakannya yang berkata Grealish sudah mendapat tempat tinggal.

Solskjaer dikatakan sangat mahukan pemain tersebut untuk membentuk gandingan bersama Bruno Fernandes di jentera tengah Manchester United walaupun belum pasti mereka mampu atau tidak untuk menoktahkan tanda harga pemain itu – £80 juta.

https://twitter.com/MUnitedNewsNow/status/1277643141223526406

Awal bulan lalu, Grealish sudah tidak mahu bersama Aston Villa walaupun mereka berjaya mengelak penyingkiran pada penghujung musim nanti dan memberikan kenyataan yang beliau mahu menyertai Manchester United untuk musim hadapan.

Simboliknya, sejak saingan Premier League kembali disambung baru-baru ini, Grealish dilihat sudah tidak memberikan yang terbaik di atas padang walaupun diawal musim tempohari beliau merupakan antara pemain paling cemerlang buat Villians.

‘Dia ‘terlalu baik’ untuk kami’

Menurut laporan Birmingham Live, Manchester United perlu menjual dua pemain bagi membolehkan perpindahan ini berjaya iaitu Jesse Lingard dan Andreas Pereira. Kedua-duanya dilihat semakin tenggelam hari demi hari di Old Trafford.

Lingard masih bergelut musim ini dengan belum menghasilkan sebarang gol mahupun bantuan gol sementara Pereira sudah kehilangan tempatnya sejak kehadiran Bruno Fernandes pada Januari lalu. Lagipun, Grealish tampak lebih ‘versatile’.

Rakan sepasukannya di Aston Villa turut dipetik berkata yang Grealish terlalu bagus dan lebih baik untuk merealisasikan perpindahan ke kelab yang lebih besar, “Jika anda mahu saya berterus terang, dia ‘terlalu baik’ untuk kami di Aston Villa.”

“Pada saya, saya lihat sejak saya di sini, dia telah banyak meningkat. Dia membawa dimensi baharu kepada permainannya, terutama sekali pada musim ini di Premier League,” jelas Conor Hourihane dalam temubual di Southern Star’s podcast.

Penutup

Jadon Sancho atau Jack Grealish? Itu mungkin persoalan yang bermain di minda Solskjaer saat ini. Kedua-duanya memerlukan The Red Devils mengorbankan pemain sedia ada namun, akan melibatkan kos yang berbeza iaitu £100 juta dan £80 juta.

Jika anda di tempatnya, siapakah pemain yang akan anda bawa ke Old Trafford? Atau mungkinkah sebenarnya Manchester United tidak lagi memerlukan pemain tengah tambahan dengan pemain-pemain yang mereka telah miliki ketika ini?

KREDIT FEATURED IMAGE: GETTY IMAGES

Baca lagi artikel mengenai Jack Grealish dan Man United:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN