Baki slot promosi Championship kini tinggal direbut oleh Huddersfield Town dan Reading. Huddersfield Town menewaskan Sheffield Wednesday manakala Reading menumbangkan Fulham.
Berikut merupakan imbasan perlawanan separuh akhir play off pagi tadi.
Pertemuan setempat Yorkshire
Suhu derbi Yorkshire meningkat dengan pertemuan ini. Huddersfield terikat dengan Wednesday seri tanpa jaringan di laman sendiri.
Namun, Wednesday mendahului agregat 1-0 pada perlawanan kedua kerana gol Steven Fletcher. Huddersfield mendapat peluang bernafas pada perlawanan kedua disebabkan gol sendiri pemain Wednesday, Tom Lees.
https://www.youtube.com/watch?v=9GewKHuL784
Agregat terikat 1-1 sehingga tamat masa sebenar dan juga masa tambahan. Sepakan penalti dilakukan untuk menentukan siapa akan ke Wembley.
Penjaga gol Huddersfield, Danny Ward beraksi cemerlang.Beliau menyelamatkan dua sepakan gol dari Sam Hutchinson dan Fernando Forestieri. Huddersfield menang melalui sepakan penalti 4-3.
Sesama selatan
Dua kelab sekitar selatan England ini ini pernah bersua dalam saingan Premier League. Fulham mengikat Reading 1-1 di Craven Cottage.
Kemudiannya, Reading membenam Fulham di hadapan penyokong sendiri kelmarin. Gol kemenangan Yann Kermorgant memastikan Royals ke Wembley.
Fulham kecewa kerana terpaksa beraksi dalam Championship sekali lagi. Malah, seteru mereka, Brentford berjenaka dengan kekalahan jiran mereka itu.
Another one of our opponents for next season have now been confirmed 👋👋 https://t.co/iOpLqBDapr
— Brentford FC (@BrentfordFC) May 16, 2017
Nota penulis: Derbi London Barat terdiri daripada Chelsea, Queens Park Rangers, Fulham dan Brentford.
Perlawanan akhir
Wembley bakal menjadi saksi antara Huddersfield menentang Reading. Adakah Reading akan kembali ke Premier League. Mungkin Huddersfield akan kembali ke liga teratas Inggeris.
Huddersfield kali terakhir bermain di divisyen teratas ialah sewaktu era nama First Division musim 1971-72.
Siapa pilihan anda? Kongsikan kepada kami.