Quantcast
Azidan Sarudin Kembali Bersatu Bersama Zainal Abidin Hassan Di Pulau Pinang


LIGA MALAYSIA

Azidan Sarudin Kembali Bersatu Bersama Zainal Abidin Hassan Di Pulau Pinang

Friday, 19 May 2017

Zainal Abidin Hassan telah pun memulakan kerja-kerja untuk merombak pasukan Pulau Pinang.

Tempoh hari kita dikhabarkan dengan kemungkinan Azidan Sarudin bakal bersama-sama dengan pasukan Pulau Pinang.

Cakap-cakap itu kemudiannya ditunjukkan dengan jelas oleh laman rasmi Pulau Pinang di Facebook apabila mereka sendiri melaporkan yang Azidan menjalani latihan bersama skuad Utara itu.

Kini, Azidan sudah sah menjadi pemain baharu skuad Pulau Pinang dengan untuk kembali bersatu bersama-sama dengan jurulatihnya yang pernah menjadi jurulatihnya di Pahang satu ketika dahulu.


Selain itu juga, bekas pemain Pahang iaitu R. Surendran juga direkrut Zainal untuk kembali bersama-sama beliau di Pulau Pinang dalam usaha mereka untuk mendapatkan rentak dan kembali mencabar untuk terus kekal di Liga Super.

Azidan & Surendran diperkenalkan dalam sebuah majlis ringkas sebagai pemain baharu Pulau Pinang. Gambar: FA Penang

Kedua-dua pemain baharu ini diperkenalkan dalam satu majlis ringkas bersama-sama dengan Presiden FAP iaitu Zairil Khir Johari, Zainal sendiri serta pengurus pasukan Pulau Pinang.

Dalam masa ini, adalah wajar untuk Zainal mencari pemain yang sudah biasa dengan taktikal beliau untuk menjadi kepada penyelamat pasukan Pulau Pinang.

Apa-apa pun, selamat datang dan semoga berjaya buat Azidan dan Surendran!


KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!

Topik Berkaitan

Kategori Artikel


Kongsi

Komen Artikel: Azidan Sarudin Kembali Bersatu Bersama Zainal Abidin Hassan Di Pulau Pinang



Berita Bola Yang Menarik