Bahagian 4 : PKNS FC VS Kedah
Suku akhir kedua Piala Malaysia akan berlangsung pada malam ini, Sabtu 28 November 2015.
SemuanyaBOLA dengan kerjasama Media Prima membawakan kepada anda previu perlawanan kedua suku akhir Piala Malaysia 2015.
Untuk bahagian keempat ini, kami bawakan kepada anda previu perlawanan di antara PKNS FC dan juga Kedah.
Baca: Lions XII vs Pahang: Previu Suku Akhir Kedua Piala Malaysia
Keputusan Suku Akhir Pertama:
PKNS FC 1-1 kedah
Rekod Pertemuan 6 Perlawanan Terakhir
Kedah – 0
PKNS FC -4
Seri- 2
Nisbah Gol (6 Perlawanan Terakhir)
PKNS FC (8) KEDAH (5)
Prestasi Semasa: 6 Perlawanan Terakhir
PKNS FC- S M S M S K
GOL : 10
BOLOS : 6
Nisbah Gol/ Perlawanan (6 perlawanan terakhir) : 1.67
Nisbah Bolos/ Perlawanan (6 perlawanan terakhir) : 1.00
KEDAH – S M K M K M
Gol : 15
Bolos : 9
Nisbah Gol/ Perlawanan (6 perlawanan terakhir) : 2.50
Nisbah Bolos/ Perlawanan (6 perlawanan terakhir) : 1.50
Analisis Corak Permainan Semasa:
PKNS FC
- mencipta gol melalui hantaran silang
- mencipta gol melalui ‘through pass’
- pemain yang ada skil individu untuk bertindak sendiri
- serangan melalui tengah
KEDAH
- Gemar bermain sistem ‘hole’
- Menguasai tengah padang
- Serangan dari kanan yang aktif
- gemar melakukan cubaan jarak jauh
Kekuatan
PKNS FC
- menyudahkan peluang gol
- bolasepak yang laju dan ‘fluid’
- kekuatan bila bersaing di udara
Kedah
- boleh menjaringkan gol daripada pelbagai arah
- lebih ‘fluid’
- memiliki pemain yang laju dan berskil
- berkeupayaan mengatasi perangkap ofsaid
Kelemahan
PKNS
- kerap ofsaid dalam serangan
- agak sukar berdepan dengan pertahanan yang agresif
KEDAH
- sokongan di sayap kanan
- pemain serangan dan sayap ada mentaliti rendah untuk membantu pertahanan
- kadang kadang terlalu bermain secar individu
Pemain Tumpuan
Patrick Ronaldinho (PKNS FC)
Pemain yang sentiasa tahu cara bagaimana untuk menjaringkan gol dalam bolasepak Malaysia.
Ini adalah perlawanan yang terbuka dan PKNS pastinya mahukan gol awal dalam perlawanan ini untuk mengekalkan diri mereka sebagai pasukan yang paling kurang tekanan dalam suku akhir kali ini.
Liridon Krasniqi (Kedah)
Kedah turun dalam perlawanan ini sebagai ‘pengejar’. Sudah pasti mereka akan terdedah dengan serangan balas / counter attack, dalam usah mereka mencari gol.
Liridon adalah ‘pejuang’ di dalam padang dan dia boleh mencipta peluang, menyudahkan peluang dan juga suka membantu di pivot.
Ini adalah antara masalah utama PKNS jika beliau dalam aksi optimum.
Sebelum Wisel
Ini adalah suku akhir yang paling terbuka di antara semua. Kedah perlu berusaha memadamkan gol tempat lawan seawal mungkin.
Namun dengan nisbah 2.50 gol / perlawanan daripada 6 perlawanan terakhir adalah testimoni bahawa, gol bukanlah isu yang kritikal untuk Kedah, cuma lebih kritikal adalah membawa masuk mentaliti yang betul ke dalam perlawanan ini.
Yang menariknya PKNS adalah pasukan yang paling rendah tekanan kerana faktor mereka adalah pasukan ‘under – dog’.
Kedah pula mahukan kempen yang lebih jauh setelah mara sejauh ini. Pasukan mana yang melakukan kesilapan lebih banyak akan menerima padah.
Kedah jelas tidak menggemari PKNS sebagai lawan apabila kali terakhir mereka menang ke atas PKNS adalah pada 2008 dalam saingan Piala FA.
Selepas itu, 7 perlawanan diselesaikan dengan 3 kemenangan berpihak kepada PKNS dan 4 keputusan seri.
Kedah perlu memperbaiki aspek permainan berpasukan (team play) bila berdepan dengan pasukan yang ada sumber pemain import seperti PKNS.
Sukar untuk mencari pasukan mana yang ada kelebihan dalam perlawanan ini kerana Kedah adalah pasukan yang lebih tertekan dengan status pasukan negeri dan usaha mengejar jaringan tempat lawan.
Jadi, kami menjangkakan satu perlawanan yang menarik dan terbuka akan berlangsung di Selayang pada malam ini.
Siaran Langsung
Saksikan PKNS FC menentang Kedah SIARAN LANGSUNG pada 28 November (Sabtu) ini jam 8.30 malam di TV9 dan secara ‘global live streaming’ menerusi www.tonton.com.my/liveList.
Anda juga boleh saksikan SIARAN TERTUNDA antara Lions XII dan Pahang pada 28 November (Sabtu) ini jam 8.30 malam di TV3 dan secara ‘global live streaming’ menerusiwww.tonton.com.my/liveList.
*Perlawanan di antara Lions XII menentang Pahang merupakan SIARAN TERTUNDA kerana perlawanan bermula awal di Stadium Jalan Besar.