Pahang vs Selangor, Felda United vs Kedah: Pasukan Manakah Yang Akan Ke Final?

Saingan Piala Malaysia 2015 semakin menuju ke klimaks selepas Pahang, Selangor, Felda United dan Kedah masing-masing akan berentap dalam 2 perlawanan separuh akhir bermula esok.

SemuanyaBOLA dengan kerjasama Media Prima mengkaji peluang 4 pasukan ini untuk ke final Piala Malaysia 2015.

Pahang vs Selangor (Siaran Langsung di TV3)

Tidak dinafikan lagi, perlawanan antara dua pasukan negeri yang kaya dengan sejarah Piala Malaysia ini adalah perlawanan tumpuan. Juara bertahan menentang juara 32 kali.

Pahang mungkin masih mencari-cari rentak konsistensi mereka dalam kempen Piala Malaysia, tetapi kebolehan jentera serangan mereka menjaringkan gol di Kuantan sememangnya tak boleh dipertikai.

image
Sumber foto: Asiana.my

Mangsa terbaru mereka adalah Lions XII yang dibelasah 1-4 di Kuantan. Lions bangkit untuk menang 2-0 di halaman sendiri, tetapi defisit yang dilakar di Kuantan oleh Pahang nyata terlalu besar.

Jika Pahang mampu mengekalkan konsistensi dan mengekalkan rentak kemenangan mereka, Selangor berdepan dengan tugas yang berat di Kuantan esok.

Berbanding Pahang, Selangor tampil dalam perlawanan ini sebagai pilihan underdog. Dan untuk berlaku jujur, ia bukanlah sesuatu yang teruk sangat.

Malah jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic menegaskan status bukan pilihan mereka hanya membuatkan pemainnya lebih kuat berusaha dan tidak mudah berputus asa.

IMG_4476-compressed
Sumber foto: Asiana.my

Jika status bukan pilihan adalah apa yang Selangor perlukan untuk melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia buat kali pertama sejak 2012, mereka pasti tidak kisah jika nama Selangor berada di luar radar media.

FELDA United vs Kedah (Siaran Langsung di TV9)

Selepas menyingkirkan Johor Darul Takzim di halaman mereka sendiri pada suku akhir lepas, Felda United terus disebut-sebut oleh peminat bola sepak tempatan sebagai salah satu pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Malaysia.

Dan mereka mempunyai sebab mereka masing-masing.

Ketika ini, jentera serangan Felda United dikemudi oleh penjaring terbanyak Piala Malaysia 2015, Thiago Augusto Fernandes yang pada asalnya di bawa masuk untuk menggantikan Edward Wilson.

Tetapi Thiago ternyata terlalu bagus sehingga beliau mampu menggantikan tugas Makeche Ndumba sekali.

183-compressed
Sumber foto: Asiana.my

Memusnahkan rekod tanpa kalah Johor Darul Takzim di Larkin sememangnya satu pencapaian hebat.

Tetapi persoalan masih berlayang-layang sama ada Felda United mampu menewaskan Kedah yang sudah menjaringkan 19 gol daripada 8 perlawanan Piala Malaysia setakat ini.

b9a695f0-4fd0-4a4f-aa6a-39ff2525078f
Sumber foto: Asiana.my

Bakal disertai oleh puluhan ribu briged penyokong dari utara tanah air pada setiap perlawanan, Kedah mempunyai lebih banyak sebab untuk menang separuh akhir esok berbanding Felda United.

Perlawanan separuh akhir esok adalah perlawanan untuk pasukan mana yang paling mahukan tempat di final. Ia adalah perlawanan untuk pasukan yang paling lapar.

Antara Felda United – pasukan yang ghairah mahu mula mencipta sejarah – dengan Kedah, pasukan yang mahu mengulangi sejarah, pasukan mana yang lebih lapar esok?

Saksikan perlawanan separuh akhir Piala Malaysia, Pahang vs Selangor di TV3 dan Felda United vs Kedah di TV9 pada Rabu, 2 Disember 2015 ini pada jam 8.30 malam.

Kedua-dua perlawanan juga boleh disaksikan secara Global Live Streaming di www.tonton.com.my/liveList

Insta SA1

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN