PKNS FC dijangka akan menamatkan khidmat 3 pemain import mereka musim ini.
Hal ini kerana mereka mahu memastikan cabaran mereka dalam misi untuk kekal di Liga Super terus menyala.
Menurut Sinar Harian, pengendali PKNS FC iaitu E. Elavarasan telah menyatakan hasrat mahu mengugurkan para pemain import mereka hal kerana mereka tidak beraksi dengan cemerlang pada musim ini.
Namun begitu menurut Elavarasan, PKNS FC pada mulanya mahu mengugurkan khidmat 2 pemain import sahaja.
Akan tetapi selepas berbincang dengan pihak pengurusan, 3 pemain import akan digugurkan.
“Buat masa ini biarlah kami rahsiakan dahulu kerana masih belum ada hitam putih.”
Menurut Sinar Harian, 2 pemain yang hampir pasti digugurkan oleh pihak PKNS FC adalah penyerang Matias Hadwa serta perancang Gonzalo Soto.
Manakala salah seorang daripada nama iaitu Patrick Ronaldinho atau Lucas Espindola bakal menjadi pemain ketiga yang bakal disingkirkan oleh PKNS FC.
PKNS FC kini berada di tangga ke-9 Liga Super dengan prestasi yang tidak begitu memberangsangkan sejak akhir-akhir ini.
Mereka kini mengumpul 11 mata, sama banyak dengan Sarawak dan juga Melaka United namun dipisahkan dengan perbezaan jaringan.