PKNS FC rancang bina stadium sendiri pada masa akan datang dan ia ternyata satu perkara yang cukup baik!
Hasil sumber Arena Harimau Malaysia, PKNS FC telah menimbangkan 3 lokasi untuk dijadikan lokasi baharu ‘rumah’ PKNS FC.
Masalah di SSA
PKNS FC menimbang untuk membina stadium sendiri apabila mereka mempunyai kesukaran ketika menyewa di Stadium Shah Alam.
Hal ini kerana ia melibatkan lampu limpah stadium yang tidak cukup terang untuk membolehkan perlawanan diadakan pada waktu malam.
Menurut Presiden PKNS FC, Siti Zubaidah Abdul Jabar pasukannya mengalami masalah untuk berlatih dan bermain pada waktu malam.
Menurut beliau, kesan daripada masalah itu adalah skuadnya terpaksa bermain pada waktu petang.
“Bermain pada waktu petang banyak bezanya dengan waktu malam kerana rata-rata pemain sudah biasa bermain malam.”
Kapasiti kecil
Perancangan untuk membina stadium baharu itu menyaksikan PKNS FC memilih 3 lokasi berbeza.
3 lokasi yang dimaksudkan adalah Shah Alam, Ijok dan juga Bernam Jaya.
Selain daripada masalah di Stadium Shah Alam, tujuan PKNS FC membina stadium sendiri ada untuk menyahut saranan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk membina stadium sendiri.
Pada perancangan awal, PKNS FC merancang untuk membina stadium sendiri berkapasiti kecil sahaja.
Ia dianggarkan berkapasiti 6-7 ribu pada peringkat permulaan.
Namun begitu, PKNS FC akan memastikan stadium tersebut mempunyai ciri rekaan yang membolehkan stadium itu diperbesarkan kapasitinya apabila sudah tiba masa untuk menambah jumlah kapasiti stadium.
Baca juga: Manifesto TMJ Sempena Pemilihan Presiden FAM: Bola Sepak Adalah Milik Rakyat