Manifesto TMJ Sempena Pemilihan Presiden FAM: Bola Sepak Adalah Milik Rakyat

Tunku Mahkota Johor ataupun lebih popular dengan panggilan TMJ. Baginda menjelas 11 intipati penting dalam manifesto TMJ yang berteraskan prinsip: Bola Sepak Adalah Milik Rakyat.

Ini adalah teks ucapan baginda yang kami petik dari laman Johor Southern Tigers.

Manifesto TMJ

Berikut adalah gambaran keseluruhan perkara-perkara yang menjadi keutamaan saya dalam menyelamatkan sukan bola sepak Malaysia sekiranya saya menjadi Presiden FAM.

Manifesto yang diperincikan di bawah telah dikaji dengan penuh teliti melalui perundingan, penyelidikan dan pengalaman serta menetapkan beberapa objektif utama sebuah organisasi diketuai oleh saya yang akan berusaha untuk mencapainya pada tahun-tahun mendatang.

Sebaik sahaja inisiatif ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, ia akan memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan bola sepak di negara ini.

Rakyat Malaysia telah menyaksikan sendiri dalam tempoh empat tahun yang lalu, kejayaan dan kemajuan JDT telah dicapai di bawah kepimpinan saya dan kini masanya untuk kemajuan ini dilakukan di seluruh negari.

1. Memastikan bahawa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak digunakan untuk kepentingan politik.

• Memastikan bola sepak tidak jatuh ke tangan orang-orang yang akan menggunakan permainan bola sepak ini atas sebab-sebab politik.
• Memastikan FAM tidak digunakan sebagai hab kewangan untuk mengagihkan wang bagi kempen politik.
• Kesemua kita, termasuk saya sendiri telah menderita selama 31 tahun, jika jawatan Presiden jatuh ke tangan orang yang salah, kita semua akan menderita lagi selama 30 tahun. Jawatan Presiden FAM tidak boleh digunakan sebagai platform untuk ahli politik berkempen bagi pilihan raya.

2. Mengubah budaya bola sepak Malaysia. FAM dirombak sepenuhnya, dimana ia telah terbelenggu selama lebih tiga dekad.

• Sebelum ini, pihak berkepentingan mungkin tidak memahami atau sedar mengenai keputusan-keputusan tertentu dan perancangan masa depan mengenai bola sepak.

Tetapi sebagai Presiden, seperti apa yang saya telah lakukan dengan jayanya di JDT, saya boleh membantu dengan menyampaikan mesej dan rancangan secara terus kepada rakyat.

Ia melalui sesi bersama penyokong di seluruh negara. Sebagai presiden FAM yang baru, budaya sedia ada akan berubah.

• Saya akan mengadakan mesyuarat Exco FAM di seluruh negeri secara bergilir-gilir, dengan Sabah telah diwartakan sebagai negeri yang pertama.

Pada masa ini, mesyuarat jawatankuasa diadakan secara eksklusif hanya di Wisma FAM.

Gambar: Nizam Rahman/Asiana

Perubahan ini dilakukan untuk memberi peluang kepada ahli jawatankuasa untuk menyaksikan apa yang sebenarnya sedang berlaku di negeri tersebut, peluang untuk memantau kemudahan fasiliti, program akar umbi, kewangan dan standard yang sepatutnya di Persatuan Bola Sepak Negeri (FA) atau kelab.

Dalam lawatan tersebut, satu sesi perbincangan bersama penyokong akan diadakan untuk memberi semua pihak peluang untuk menyuarakan pendapat mereka, kebimbangan atau rasa ketidakpuashatian, kerana ini adalah sukan untuk rakyat!

• Ini adalah satu peluang untuk mengubah wajah bola sepak tempatan, bahkan ramai rakyat Malaysia telah menuntut pembaharuan dilakukan sejak 30 tahun yang lalu.

• Sebagai Presiden, saya akan merapatkan jurang antara bola sepak Malaysia dengan penyokong kerana ini adalah satu keperluan untuk memberi penyokong peluang memainkan peranan yang lebih besar dalam proses memgembangkan sukan ini.

• Ini akan menjadi satu syarat buat persatuan bola sepak negeri dan kelab-kelab untuk melibatkan penyokong, seperti yang telah terjadi di JDT. Inilah sebabnya mengapa sebagai Presiden, saya akan bekerjasama erat dengan semua persatuan bola sepak negeri untuk membantu mengubah mentaliti mereka.

3. Pembaharuan Urus Tadbir dan Pentadbiran – Untuk mengubah struktur organisasi kebangsaan

• Saya akan memastikan masalah-masalah yang dipersoalkan oleh semua orang mengenai FAM – salah pengurusan dana, kekurangan profesionalisma, isu-isu integriti, kekurangan semangat, rasuah dan pilih kasih – akan diperbetulkan.

Ramai pihak telah menyatakan rasa tidak puas hati mereka bagaimana FAM diuruskan. Banyak persoalan yang ditanyakan tentang pengurusan tertinggi FAM.

• Pembetulan pertama yang akan dilakukan adalah untuk menyatakan masalah dalam pengurusan dan struktur pembuat keputusan dalam bola sepak Malaysia. Struktur FAM akan dirombak untuk memenuhi kehendak semasa dunia bola sepak moden.

• Saya sebagai Presiden akan memastikan pembaharuan pengurusan dan pentadbiran dilaksanakan di semua peringkat supaya dapat menyediakan infrastruktur pengurusan yang menyokong pertumbuhan dan potensi permainan.

4. Meminda Perlembagaan

• Saya akan bekerjasama dengan ahli-ahli Exco untuk meminda perlembagaan FAM bagi memastikan para penyokong mempunyai kuasa untuk memilih presiden dan bukannya ahli kongres.

Bola sepak adalah milik rakyat dan saya percaya bahawa rakyat perlu memilih presiden dan bukannya kongres sedia ada.

• Saya akan mengubah cara pemilihan Presiden daripada hanya dipilih oleh ahli gabungan sahaja dan akan mencadangkan pada masa akan datang, penyokong dan orang ramai yang diberi kuasa untuk menjadi faktor penentu pemilihan.

• Kongres tersebut boleh mengundi semua jawatan lain tetapi bagi apa-apa peranan penting seperti Presiden FAM ini harus diserahkan kepada rakyat.

• Peranan Presiden FAM bukan berkonsepkan sistem diktator, ini satu peluang untuk kita semua mengubah bola sepak kita supaya cucu-cicit kita akan berterima kasih kepada kita.

Saya berada di sini adalah untuk berkhidmat, meninggalkan legasi dan menyediakan struktur organisasi yang akan membawa kepada kebangkitan bola sepak Malaysia dari zaman suram.

5. Meningkatkan nilai komersial Liga Super dan Liga Premier

• Hasil daripada hak-hak penyiaran televisyen serta internet dan perkongsian komunikasi mudah alih adalah penyumbang utama kepada pembangunan bola sepak di semua negara terkemuka di dunia, malangnya ini tidak berlaku di Malaysia.

Terdapat potensi yang cukup besar di Malaysia tetapi isu integriti sepanjang 30 tahun telah disalah urus menyebabkan penaja mencari pelaburan yang lumayan di negara-negara lain.

• Di bawah kepimpinan saya, akan ada strategi dan dasar yang dilaksanakan untuk memastikan kita membuang isu-isu integriti dan memperkenalkan amalan profesionalisma terbaik dunia dan pengurusan dalam semua aspek persaingan kebangsaan.

• Ini bukan sahaja untuk menghasilkan produk yang lebih baik tetapi untuk tujuan mendapat kepercayaan daripada syarikat-syarikat multi nasional dan/atau tempatan yang sedang menunggu untuk melabur dalam sukan ini.

6. Pembangunan Permainan – Keseluruhan Program Pembangunan Bola Sepak Malaysia

• Lesen kelayakan untuk kesemua pasukan dalam Liga Super bagi menubuhkan akademi dan program pembangunan belia perlu selaras dengan garis panduan yang ditetapkan FMLLP dan Bahagian Teknikal FAM.

• Penubuhan struktur pertandingan kebangsaan untuk setiap program akademi.

• Penubuhan garis panduan yang jelas bagi membentuk pemain berbakat di seluruh negara. Ini adalah untuk memastikan kelancaran perjalanan pemain muda berbakat dalam negara sepanjang perkembangan bola sepak mereka.

• Penubuhan garis panduan yang jelas bagi membentuk jurulatih berbakat di seluruh negara. Garis panduan ini termasuk mengadakan program biasiswa pembangunan profesional untuk jurulatih yang telah dikenalpasti.

• Saya sebagai Presiden FAM akan memudahkan rangkaian efektif antara kelab dan sekolah dalam pembangunan pemain dan jurulatih di sekolah.

• Penubuhan Pelan Pembangunan Futsal Nasional akan memberi fokus terhadap persepaduan lebih efektif dengan program pembangunan pemain muda. Saya akan bekerjasama dengan kesemua pihak yang berkepentingan bagi menggalakkan rangkaian lebih erat antara bola sepak padang dan pasukan Futsal serta pusat Futsal.

• Bekerjasama dengan bahagian tertentu dalam kerajaan bagi mengenalpasti strategi dan aktiviti bagi memastikan golongan kurang upaya juga dapat terlibat dalam bola sepak. Saya akan memastikan FAM mewujudkan rangkaian kukuh bersama organisasi melibatkan golongan kurang upaya.

• Saya akan bekerja dengan pihak yang berkepentingan untuk memastikan agar semua golongan wanita/perempuan diberi lebih sokongan dan peluang untuk berkecimpung dalam bidang bola sepak.

7. Pendekatan global dalam pembangunan bola sepak di Malaysia: Kepakaran antarabangsa dan perancangan pengambilalihan

• Terdapat satu pepatah dalam bola sepak iaitu apabila anda masih berada di tampuk yang sama dalam pembangunan bola sepak maka anda akan ketinggalan. Keadaan semasa pasukan kebangsaan mencerminkan keadaan 30 tahun lalu yang masih berada di tampuk yang sama dan begitu ketinggalan.

• Sementara kita masih tidak berubah, negara-negara seperti Jepun, Korea Selatan, Australia dan Thailand pula telah berkembang dengan pesat. Kita semua pasti mengingati hari sewaktu kita mampu bersaing setanding dengan negara-negara ini tetapi malangnya perkara ini tidak berlaku lagi.

• Kami mempunyai pemain muda dan jurulatih yang berbakat di Malaysia tetapi apa yang mereka semua perlukan adalah laluan pembangunan yang sama seperti yang telah disediakan oleh kelab bola sepak terkemuka di dunia. Ini termasuklah aspek pendidikan jurulatih, program pembangunan belia yang sesuai dan persekitaran persaingan yang diperlukan.

• Dibawah pentadbiran saya sebagai presiden, kami akan tahu dimana tahap kami untuk dibandingkan dengan pesaing dan apa yang perlu dilakukan untuk bersaing semula.

• Di JDT, saya telah memulakan proses ini dengan mengadakan kerjasama dengan beberapa organisasi bola sepak terkemuka dari seluruh dunia dan di bawah kepimpinan saya, ‘blueprint’ semasa ini akan dikongsi dan kemudian saya akan bekerjasama dengan semua pihak yang berkepentingan untuk melaksanakan ‘blueprint’ tersebut di seluruh negara.

• Perkara ini pada mulanya akan melibatkan kepakaran luar negara tetapi akan menjadi sebahagian daripada pelan induk – perancangan pengambilalihan yang sama dengan apa yang telah dilaksanakan dengan jayanya di Jepun dan Australia. Majoriti tenaga kejurulatihan dan peranan teknikal mereka kini dikuasai oleh warga tempatan.

8. Penstrukturan semula pasukan kebangsaan

• Pasukan kebangsaan akan mempunyai struktur pengurusan di mana Ketua Pegawai Eksekutif sendiri yang perlu melaporkan terus kepada Presiden. Tiada penglibatan daripada Timbalan Presiden atau Setiausaha Agung.

9. Program Pembangunan Pengadil

• Pegawai-pegawai perlawanan dalam bola sepak di Malaysia memberi sumbangan penting dalam perlawanan, sepertimana para jurulatih, amat penting untuk bola sepak menarik perhatian dan menyokong latihan serta pembangunan mereka agar dapat bekerja dengan efektif.

Jelas bahawa para jurulatih serta kakitangan sokongan perlu bertugas sepenuh masa di dalam perlawanan, saya akan memberi penerangan terperinci tentang sistem pengadilan di Malaysia dan akan membina satu proses di mana pengadil-pengadil kita juga boleh mempunyai karier sepenuh masa yang berdaya maju di dalam pengadilan perlawanan.

10. Fasiliti-fasiliti

• Kekurangan kemudahan-kemudahan fasiliti yang sewajarnya dan pengurusan kemudahan di seluruh negara adalah satu cabaran utama untuk pembangunan bola sepak di Malaysia.

• Saya sebagai Presiden akan bekerjasama dengan semua pihak yang berkepentingan bagi memastikan fasiliti negara menyokong pembangunan teknikal perlawanan di bawah kepimpinan baginda.

11. Pendekatan dalam melakukan semua tugasan

• Sebagai Presiden FAM, keutamaan saya bukan sahaja tertumpu kepada pasukan kebangsaan, tetapi seperti apa yang telah anda semua saksikan di JDT, keseluruhan struktur bola sepak adalah perkara yang perlu dirombak.

• Saya akan menjadi presiden yang melakukan kesemua tugas dan kepimpinan serta pengetahuan saya tentunya banyak membantu semua pihak yang berkepentingan dalam proses perubahan penting ini.
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Apa pandangan pembaca semuanyaBOLA tentang manifesto TMJ ini?

Baca juga: Bapa Kepada Aidil Zafuan & Zaquan Adha Meninggal Dunia

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN