PKNS FC Lancar Kempen Baju Biru Sebagai Tanda Sokongan Hari Kesedaran Autisme Sedunia

Kelab Bolasepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) hari ini mengajak para penyokong memakai baju biru sebagai tanda sokongan kepada Hari Kesedaran Autisme Sedunia.

Menurut kenyataan daripada PKNS FC, 2 April diisytiharkan sebagai Hari Kesedaran Autisme Sedunia (World Austisme Awareness Day) oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu dan disambut di seluruh dunia sejak tahun 2008.

“Sambutan ini dilaksanakan sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran dan advokasi masyarakat tentang kanak-kanak serta individu yang mengalami autisme.

“PKNS FC akan bersama-sama PKNS akan memakai baju bertemakan biru pada 2 April 2019 sebagai tanda sokongan kami.

“Kami juga menyeru penyokong PKNS FC untuk turut serta dengan memakai baju berwarna biru dan berkongsi dengan kami,” kata kenyataan di laman facebook PKNS FC.

Apa itu autisme?

Autisme adalah masalah perkembangan kompleks. Ia melibatkan interaksi sosial seorang kanak-kanak terganggu akibat masalah kemahiran berkomunikasi, tingkah laku tidak wajar yang berulangan, pemencilan diri serta mempunyai keinginan terhad terhadap sesuatu benda.

Hampir 47,000 orang kanak-kanak di Malaysia menghidapi gangguan autisme, atau lebih dikenali sebagai kanak-kanak autistik, namun gagal didiagnosis dengan cepat kerana ibu bapa tidak tahu ciri-ciri autisme.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN