Shopee Piala FA: Faiz Nasir Sedia Singkirkan Kelantan Malam Ini

Hari ini pusingan kedua Shopee Piala FA akan membuka tirainya dan salah satu perlawanan yang menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan ialah pertembungan di antara pasukan Kelantan menentang finalist Piala FA musim lalu, Selangor di Stadium Sultan Muhammad VI, Kota Bharu.

Setelah membantu Selangor menewaskan Terengganu FC dalam saingan Liga Super sabtu lalu, pemain tengah pasukan itu, Faiz Nasir tekad meneruskan rentak cemerlang untuk menewaskan pasukan negeri kelahirannya malam ini.

Berkata dalam Stadium Astro, beliau tidak sabar turun beraksi untuk membuktikan kemampuannya kerana pernah disisihkan daripada mewakili skuad senior ketika mewakili pasukan Piala Presiden Kelantan pada tahun 2014.

“Saya inginkan buktikan kemampuan ketika pulang ‘kampung halaman’ memandangkan selepas bersama skuad Piala Presiden Kelantan, saya telah berkelana ke luar.

“Jadi saya tidak pernah berkesempatan mewakili Kelantan.

“Saya pernah menerima tawaran daripada mereka tetapi biarlah saya timba pengalaman bersama pasukan di luar terlebih dahulu,” katanya.

FOTO: FA Selangor

Sementara itu, Ketua jurulatih Selangor, B. Satianathan, mengakui beliau mempunyai rekod yang buruk sepanjang mengendalikan mana-mana pasukan dalam saingan Piala FA.

Bagaimanapun, beliau tidak peduli tentang rekod lalu kerana yakin dengan kemampuan anak buahnya untuk melangkah dengan lebih jauh.

“Rekod saya tidak berapa baik, namun seperti yang mereka katakan sebelum ini, ‘Selangor tidak pernah menang di Stadium Shah Alam’ dan kami telah membuktikan yang kami mampu mengubahnya.

“Perubahan itu bukan berdasarkan kepada nasib semata-mata, namun kami sendiri yang mengubahnya.

“Tidak mungkin kami akan terkandas dalam pusingan pertama,” katanya.

Satia yang pernah mengendalikan pasukan Kelantan juga menyifatkan Selangor tetap perlu berhati-hati dengan kemampuan skuad The Red Warriors itu walaupun majoriti mereka terdiri daripada pemain muda.

“Kelantan merupakan pasukan yang mampu beraksi baik di laman sendiri.

“Ia bukan tugas mudah memandangkan setiap pasukan yang berdepan Selangor akan bermotivasi tinggi untuk menewaskan kami.

“Kami perlu berhati-hati, berusaha keras, menumpukan perhatian dan tidak boleh sambil lewa dalam menghadapi mereka. Saya sedar pemain muda Kelantan mampu beraksi baik,” tambahnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN