PKNS FC Kekalkan Tradisi Warna Oren Pada Jersi Utama

Semalam skuad PKNS FC telah memperkenalkan jersi baharu mereka bagi musim 2019 dengan mengekalkan tradisi warna oren sebagai jersi utama manakala jersi penjaga gol berwarna hitam.

Untuk jersi kedua, PKNS FC membuat kejutan dengan memilih warna hijau maroon dan kuning untuk penjaga gol. Jersi ketiga pula berwarna biru dan penjaga gol berwarna merah/biru.

Menurut sumber, jersi ini dijual dengan harga RM109 dan staff PKNS serta anak syarikat diberikan dengan harga istimewa RM99 melalui pembelian bukti pass kerja.

Majlis pelancaran jersi semalam disempurnakan oleh Exco Pembangunan Generasi Muda serta Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman yang mewakili Dato Menteri Besar Selangor dan disaksikan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Y.Bhg. Hajah Norita binti Mohd Sidek.

Barisan pemain PKNS FC untuk musim 2019. FOTO: PKNS FC
60 peratus daripada skuad PKNS FC 2019 dibarisi oleh pemain muda

Walaupun dibarisi oleh ramai pemain muda, pengendali PKNS FC, Datuk K. Rajagobal, yakin dengan kemampuan pasukannya kerana kebanyakan pemain tempatan dalam skuad ini mempunyai pengalaman beraksi dengan skuad kebangsaan.

PKNS menduduki tangga ketiga Liga Super musim lalu dan Rajagobal menaruh keyakinan yang tinggi terhadap peluang mereka untuk mencabar kelompok lima terbaik Liga Super musim ini.

“Kemampuan pasukan ini akan dapat dilihat sebaik liga bermula nanti. Kami akan memantau kemajuan pasukan menerusi setiap perlawanan.

“Apa yang penting, kami perlu meletakkan kepercayaan kepada pemain muda yang akan menerima tunjuk ajar daripada pemain berpengalaman,” katanya dalam Stadium Astro.

Antara pemain berpengalaman yang menyertai skuad PKNS FC musim ini ialah Shahrom Abdul Kalam, Akram Mahinan, P. Gunalan dan Mahalli Jasuli.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN